Novel Hadirmu Takdirku

Novel Hadirmu Takdirku
bakal di Pasaran Mac ini

Hadir Mu, takdir ku3

Written by Alina Haizar on Sunday, March 15, 2009 at 4:32 PM



Bab3
`Jeff! How’s thing? Dah dapat belum?’ Mona bertanya setiap kali mereka bertemu selepas kuliah.
‘Relaks lah Mona, Ini Jefferylah,’
`Bukan apa, I takut you kalah bet kita. Malu le nanti. I dah jalankan tugas I pujuk Lily, Lily pun dah macam setuju je. You tak ada action ape-ape pun,’

`Relaklah Mona, You pulak yang susah hati ni, apesal. Are you afraid to lose..?’ sindir Jeffery.
Mona memuncungkan bibirnya yang bergincu merah terus berlalu. Malas nak melayan Jeffery.

Setelah Mona berlalu Jeffery termenung. Sebenar, betul juga kata-kata Mona. Jeffery belum -buat apa-apa pun rancangan bagaimana nak pikat budak kantin tu. Nama dia pun Jeffery tak tahu. Kalau dia di kafetaria dengan geng-geng dia susah sikit, sebab mereka akan membuat kacau. Budak kantin tu lari dengan ejekan dan sindiran mereka. Jeffery kena tukar taktik kalau dia nak cuba dekati budak perempuan tu. Dia tak mahu kalah dalam cabaran ini. Ini bukan soal duit, ini soal maruah.

Lewat petang, selepas amali makmal, Jeffery sengaja ajak Ramli untuk makan bersama-sama di kafetaria. Ramli adalah teman Jeffery dalam makmal. Ramli pendiam dan serious orangnya, bukan macam kawan-kawan Jeffery yang bising dan kasar. Ramli kelihatan dan juga sering bertindak lebih matang dari mereka yang lain-lain. Jeffery tahu Ramli rajin belajar berbanding dengan mereka yang lain kerana kehadiran Ramli di kolej ini kerana mendapat biasiswa pelajar cemerlang. Bukan macam mereka yang di tanggung sepenuhnya oleh keluarga.

`Hai Hana, apa kabar?’ tegur Ramli setelah mereka tiba di kafetaria.
Baik, Abang Ramli. Lewatnya abang Ramli makan hari ni. Jawap Hana sambil melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Memandangkan kafetaria Mak Chak ini terletak di kawasan pentadbiran dan kawasan dewan kuliah kolej, selalunya mereka tutup perniaagaan padaa waktu ini. Ada beberapa pelanggan sahaja yang berada di kafetaria ini selain Ramli dan Jeffery. Itu pun mereka cuma minum-minum sahaja selepas tamat bersukan.
Jeffery cuma diam tetapi dia memasang telinga mendengar perbualan mereka,
`Oh! namanya Hana. Ok not bad,’ Memang tepat langkah Jefferey membawa Ramli makan petang ni.

`Makmal habis lambat hari ni,’ Ramli pun jarang makan di kafetaria ini kerana selalunya pada waktu petang atau malam dia akan makan di kafetaria yang terletak di kawasan hostel.
`Kawan abang ajak minum petang kat sini,’ ajakan Jeffery memang dirasakan pelik sikit tetapi Ramli suka berkawan dengan Jeffery. Memang dia nakal dan liar sedikit tetapi Jeffery amat hormat dan baik dengan Ramli. Sikap hormat ini membuatkan Ramli boleh berkawan rapat dengan Jeff, Malahan mereka menjadi rakan makmal sejak tahun satu lagi. Yang Ramli tidak tahu ialah Jeff sedar Ramli budak pandai dan rajin, mudah bagi dia mendapat bantuan ramli sama ada dari segi kerja-kerja, laporan amali, nota-nota kuliah dan juga soalan dan jawapan kertas ramalan peperiksaan .

`Saya nak makan nasi goreng kampong dan minuman , nak teh ais.’
Hana menulis pesanan Ramli, kemudian beraleh perhatiannya kepada Jeffery.
`Encik hendak order apa. ‘
`Mee goreng, tak mau taugeh, tak mau ayam dan coke,’ jawap Jeffery ringkas. Dia memandang sahaja Hana masuk ke dalam dapur kafetaria untuk menyediakan pesanan makanan .
Otaknya berfikir pantas bagaimana dia hendak menarik perhatian budak kantin itu sehingga dia boleh mengajak gadis itu ke parti Mona tanpa membuat Jeffery kelihatan seperti terlalu terdesak. Bukan lama lagi. Dua minggu telah berlalu sejak mereka membuat perjanjian hari itu. Jeffery pula belum berganjak pun dari titik permulaan. Sambil menunggu makanan siap mereka berbual-bual mengenai latihan amali yang mereka jalankan tadi dan berjanji untuk bertemu di perpustakaan malam nanti untuk perbincangan lanjut.

Tidak lama selepas itu, Hana keluar membawa makan yang di pesan mereka. Setelah menghidangkan makanan, Hana melangkah untuk beredar. Tiba-tiba Ramli menahannya. `Duduklah dulu Hana, bukan ada orang dah yang nak makan lagi Mesti Hana penat kerja sepanjang hari,’ Jeffery cuma mengangguk mengiyakan pelawaan Ramli.
`Bagus betul Ramli ni,’ kata Jeffery dalam hatinya, memudahkan jalan bagi Jeffery.
`Ini kawan saya, Jeff,’ Ramli kenalkan setelah Hana duduk di sebelah Ramli. Hana mengangguk sambil memberi senyuman sebagai tanda pengenalan tetapi tiba-tiba Jeffery menghulurkan tangannya untuk bersalam.
`Hello saya Jeff,’ dengan penuh hormat. Mahu tidak mahu Hana terpaksa menyambut tangan Jeffery.
`Saya Hana,’ malunya Hana, dia perasaan tangannya terasa kasar dan mungkin berbau kerana sepanjang pagi dia mengupas bawang. Mukanya pula terasa berminyak-minyak, sehari-harian bekerja di kafetaria.

`Hana ni sama negari dengan Aku, dari Kedah,’ terang Ramli.
`Patut lah Ramli too protective , satu kapal rupanya,’ Jeffery mengerutu sendirian. Jeffery kena berhati-hati, kalau Ramli tahu tujuan Jeffery mesti Ramli tidak akan halang niatnya.

`Oh, di sini tinggal dengan siapa,’ tanya Jeffery berpura-pura perihatin.
`Tinggal dengan Mak Chak,’ jawap Hana.
`Hana baru aje kan kerja di sini.’
Hana mengangguk sambil menjawap, baru dua bulan.
`Jadi sudah jalan-jalan ke di Kuala Lumpur ni?’
`Belum! Tak ada masa, sibuk setiap har.’
`Oh!’… Jeffery kemudiannya diam. Dia kena jalankan rancangannya dengan hati-hati dan bersabar. Dia tidak mahu menimbulkan syak wasangka. Itu pun Ramli sudah memandang dia semacam, kenapa agaknya Jeffery begitu ramah pulak. Selalunya dia tak perduli orang lain kecuali kalau gadis-gadis seksi yang kaya-kaya. Setahu Ramli gadis kampong macam Hana ni, pada Jeffery tak wujud pun.


Besoknya Jeffery datang lagi ke kafetaria bila hampir waktu mereka hendak tutup kedai, tetapi kali ini seorang diri. Dia makan seorang diri dan kelihatan seperti bermuram durja. Hana memerhatikan sahaja Jeffery dari dalam dapur. Melihat Jeffery sendirian, timbul pulak rasa kasihan terhadap pemuda itu. Selama tiga hari berturut-turut menjadi rutin Jeffery datang bila lewat petang. Kadang kala dia makan sambil membaca bukunya, kadang kala dia Cuma duduk termenung sendirian.
Kasihan, Hana melihatnya. Ke mana perginya teman wanita yang selalu Hana lihat mendampinginya sebelum ini. Perempuan itu betul cantik dan bergaya, padam dengan Jeff yang kacak. Mereka sudah berpisah ke? Hana tertanya-tanya. Perlakuan Jeffery menarik minatnya dari hari ke sehari.

Petang itu Hana tertunggu-tunggu di kafetaria. Hari sudah merangkak senja tetapi Jeffery tidak muncul seperti yang dilakukan sejak seminggu ini.
`Hana, hang sapu kat depan tu, lepas ni kita tutup kedai lah,’ seru Mak Chak.
`Orang pun tak mai lagi dah. Dah senja ni. Mak Chak nak balik dulu lah Hana, ada orang nak mai rumah. Lepas ni Hana, Soed dan Timah cuci kat dalam lepas tu Hana tutup kedai no,’ sambung mak chak lagi
`Baiklah Mak Chak.’
`Tak pa kah Hana sorang-sorang?’
`Kak Timah dan Soedkan ada.’
`Tapi nanti nak naik bas nanti ?’
`Tak pa…Hana boleh balik sendiri nanti.’
`Jangan Hang mesti balik dengan Timah dan Soed juga.’
`Baik la Mak Chak.’
`Macam tu Mak Chak balik dulu no. Cepat hang sapu sampah,’ Mak Chak membuka lalu melipat apronnya, lalu terus beredar dengan van rusanya.
Hana pula segera mencapai penyapu dan mula hendak menyapu sampah. Kenapa pulak dia rasa kecewa hari ni?. Kenapa Jeffery tidak dating makan petang ni?. Di dalam dapur Soed dan Kak Timah sudah mula mengemas dan mencuci periuk kuali. Sebentar pintu roller kaunter di tutup oleh Soed. Hana pun sudah hamper selesai menyapu sampah, dia berjalan hendak masuk ke dalam meyimpan penyapu.
`Hai Hana,’ Jeffery menyapa dari belakang.
Hana Menoleh terkejut, `Jeff!’
`Sudah tutup ke?’ Tanya Jeffery, wajahnya nampak hampa.
Hanya menyandarkan penyapu di pintu, lalu mengesatkan kedua-dua tangannya di belakang bajunya.
`Kami sudah tutup, Jeff….. Jeff nak makan ke?’ tanya Hana
`Uh .. uh ..Saya lapar.’
`Lambat Jeff hari ini,’ soal Hana lagi.
`Saya leka belajar di library, terlupa masa berjalan, tahu-tahu jam sudah dekat pukul tujuh,’ Hana betul-betul kagum dengan Jeffery, tekun sungguh dia belajar.
`Saya makan di sini sebab lepas ni saya nak sambung belajar di library,’ Jeff menunjukkan muka yang hampa. Dia mesti dapat apa yang dirancang dalam masa terdekat ini. Dia sudah kesuntukkan masa.
`Rajinnya Jeff belajar, kagum saya,’ ujar Hana yang tidak sekali-kali menjangka apa yang di dalam fikiran Jeffery.
`Semester ini semester akhir, saya kena dapat keputusan yang cemerlang, baru dapat further study,’
`Mesti lepas ni Jeff pergi luar Negara,’ Hana cuba mendapat maklumat mengenai Jeff yang semakin hari semakin menarik hatinya. Tidak di sangka orang macam Jeff boleh menjadi kawannya. Baiknya hati Jeffery, walau pun anak orang berada tetapi tidak pernah nampak dia membeza-bezakan antara pelajar-pelajar lain dengan Hana, budak kantin dari kampong ini.
`Oh tidak, saya lebih suka belajar di Malaysia. Di kolej pun boleh further study. Sejak akhir-akhir ni saya rasa di sini lagi best,’ jawab Jeff sambil berkias sambil matanya memandang Hana dengan tajam.


Ternyata helah Jeffery mengena sekali. Seronok betul hati Hana mendengar pengakuan Jeff. Maknanya dia akan dapat bersama Jeff di semester-semester yang akan datang. Tiba-tiba saja harapannya mengunung tinggi.
`Tak apalah, saya nak pergi makan kat luar, nanti lambat saya nak sambung belajar,’ kata Jeff, berpura-pura hendak beredar.
`Eh!....Sssaya boleh sediakan makanan kalau Jeff hendak,’ tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul dari mulut Hana.
Jeff terhenti. Memang ini yang dirancangnya sejak petang tadi. Sejak tengahari Jeffery keluar dengan Wan dan rakan-rakan yang lain bermain bowling. Dia leka bermain sehingga lupa pasal rancangannya. Sebab itu dia lewat sampai ke kafetaria tadi.
`Betul ke? Tak susahkan Hana ke?’
`Betul, Jeff hendak makan apa? Mee Goreng?’ setahu Hana makan kegemaran Jeffery ialah mee goreng.
`Mee goreng, tak mahu taugeh, tak mau ayam dan coke,’ sambut Jeffery sambil memberikan senyumannya yang paling memikat sekali. Hana terpana dengan senyuman Jeffery itu.

2 Responses to "Hadir Mu, takdir ku3"

Comment by SAIFUL
October 19, 2009 at 3:12 PM #  

salam buat penulis hadirmu takfirku...
saya ingin bertanyakan dimanakah penulis simpan bab 4 dan seterusnya...
sebab saya tak dapat nak mengikuti cerita tersebut...
sila bagi feedback secepat mungkin...

Anonymous
October 21, 2009 at 4:39 PM #  

Saya meminati setiap penulisan anda tapi bagaimana saya boleh membaca n3 berikutnya tolong email saya

ummi_safia@yahoo.com.my

Nurul Ain tidak menjawab. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab. Dia sudah tidak sedar dengan semua disekelilingnya. Yang Nurul Ain nampak, rantai loket, tarikh 14 July 2003 dan Datin dan Pak Su Adli dan Jeffrey yang mendustainya.

 
Hadirmu, Takdirku © 2008 | Blogger Templates