Novel Hadirmu Takdirku

Novel Hadirmu Takdirku
bakal di Pasaran Mac ini

Hadirmu, takdirku5

Written by Alina Haizar on Sunday, March 15, 2009 at 8:45 PM


Bab 5
Hana berjalan keluar dari bungalow mewah itu, terhenti seketika dihadapan bungalow itu. Dia harus berfikir segera. Bagaimana hendak balik ke rumah? Dia cuma ada sepuluh ringgit dalam beg tangannya. Dia pun tidak tahu macamana nak balik, jalan mana nak di tuju untuk sampai rumah? Yang lebih sukar lagi, macamana untuk berdepan dengan Mak Chak? Mak Chak mesti syak sesuatu apabila melihat Hana pulang dengan keadaan begini. Baju hitam yang sendat dengan tubuhnya yang terdedah sana sini.

Walau apa pun dia mesti pergi dari situ, Hana mengorak langkah hendak keluar dari perkarangan rumah. Dia tidak nampak ada orang yang sedang duduk di salah sebuah kerusi taman di perkarangan rumah tersebut.
`Eh Hana!’
Hana terkejut lalu Hana menoleh ke arah suara yang memanggilnya.
`Abang Ramli!’ Lega rasa Hana melihat Ramli yang tersandar di kerusi itu. Dia ingat Jeffry yang memanggilnya. Tidak sanggup dia bersemuka dengan Jeffry lagi.
‘Macamana Hana boleh ada di sini?’ Ramli sebenarnya tidak cam Hana, bila Hana sudah dekat baru dia perasaan gadis yang pakaian hitam pendek dan ketat itu ialah Hana.
`Panjang ceritanya, Abang Ramli kenapa duduk di sini?’
`Dapat jemputan, Abang datanglah.’
`Tetapi kenapa duduk di luar.’
Ramli sebenarnya berapa tidak gemarkan majlis-majlis seperti ini. Selalunya dia tunjuk muka, kalau keadaan majlis tidak di gemarinya dia akan angkat kaki. Dia baru sampai, dia datang selepas sembahyang maghrib. Tetapi melihat keadaan sekeliling dengan minuman haram dihidangkan dan kelakuan para tetamu yang menjolok mata membuat dia meluat. lantas dia terus beredar. Ramli sedang ambil angin diluar rumah dan telah membuat keputusan untuk beredar dari situ.
`Bukan jenis majlis yang sesuai untuk abang.. Kenapa ni Hana.? Hana nak ke mana?
Hana mendiamkan dirinya. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Ramli apa yang berlaku. Hana malu dengan Ramli.
`Kenapa Hana berpakaian begini. Hana datang dengan siapa.’.
`Dengan Jeff.’
`Mana Jeff?’
`Hana tak tahu. Hana nak balik.’
`Hana nak balik dengan apa?’
`Tak tau . Teksi ke, bas ke? ‘
`Susah nak dapat Bas kat sini Hana. Ini kawasan orang mewah. Semua berkereta.’
`Tak apalah Hana nak balik juga!’ Hana mahu beredar.
`Nanti dulu Hana.’
`Hana tak mahu tunggu sini lama-lama. Air matanya mula deras mengalir. Tolonglah Abang Ramli. Hana nak balik. Hana jalan kaki pun tak apa.’
`Nanti-nanti dulu,... Ramli meninjau di pintu depan bungalow itu, entah-entah Jeffry keluar mencari Hana. Ternaya tidak ada siapa pun yang perduli.’
`Biar abang hantar okay. Mari ikut abang.’
Masa itu pintu depan di buka dan beberapa orang keluar mengambil angin malam. Ramli dan Hana berjalan tanpa memperdulikan mereka yang baru keluar itu.
Tiba di motorsikalnya, Ramli membuka kunci mangga yang memegang kedua-dua topi keledarnya dan menyerahkan yang satu lagi pada Hana. Sementara itu dia memakai topi keledar yang satu lagi. Kemudian dia menanggalkan jaket hitammnya lalu di berikan kepada Hana.
`Nah pakai jaket ini. Tak manis anak gadis berpakaian begini malam-malam ni.’
Malunya Hana, tetapi dia tidak marah Ramli, malah bersyukur dapat jaket hitam itu utk melindung tubuhnya yang terdedah itu.
Hana membonceng motor Ramli dan Ramli pun terus beredar dari situ. Mereka yang berada di porch tadi cuma melihat sahaja apa yang berlaku tanpa berkata apa-apa.

`Hana sudah makan?
`Belum’
Ramli sudah agak jawapan Hana kerana Hana nampak cemas dan kepenatan. Ramli pun belum makan lagi. Tidak selera dia hendak makan dalam rumah yang penuh dengan kejadian maksiat itu tadi.
`Okay, kita singgah dekat McDonalds dulu. Abang belanja makan okay. ‘
`Hana takut nanti Mak Chak marah, hari sudah semakin lewat. Hana ingat kami keluar sekejap aje.’
`Tak pe. Nanti abang Ramli hantar balik dan jumpa Mak Chak sekali supaya dia tak marah.’
Hana mengangguk perlahan, syukur ada Abang Ramli
`Cuba Hana cerita apa yang belaku. Hana bergaduh dengan Jeff ye?’
Hana memandang muka Abang Ramli dengan tepat sekali.
`Hana tidak mengerti apa yang berlaku. Abang Ramli kawan Jeff. Mungkin Abang Ramlilah yang boleh cerita dengan Hana apa yang sebenarnya terjadi.’
`Abang tak mengerti.’
`Betul abang tak tahu apa-apa. Bukankah Jeffry minta abang kenalkan Hana dengan dia.’
`Tidak. Abang tak tahu pun Hana berkawan rapat dengan dia sehingga ikut dia keluar malam.’
`Abang tak tahu pasal pertaruhan mereka mereka?’
`Masya Allah. Ya Allah .. Hana ke? Hana ke yang yang menjadi barang taruhan mereka selama ni?’ Ramli menepuk dahinya
`Jadi abang tahu pasal pertaruhan itu?'
`Abang ada dengar mereka sibuk cakap pasal pertaruhan tu. Tapi sumpah abang tak tahu mangsanya adalah Hana. Kalau abang tahu, abang mesti menghalangnya. Abang ingat bet di kalangan mereka sahaja. Abang memang tak perduli. Kebanyakan mereka memang sudah rosak akhlak.’

Ramli rasa bersalah, baru dia sedar selama ini dia digunakan oleh Jeffry supaya dapat berkenalan dengan Hana. Ini semua untuk mengenakan Hana.
Muka Ramli menunjukkan rasa bersalah yang amat sangat.
`Memang abang tahu pasal bet itu Hana.’
`Apa pertaruhannya?,’ tanya Hana dengan tenang.
`Itu abang tak pasti. Kalau tahu Hana yang jadi mangsa pertaruhan itu, abang mesti akan menghalangnya.’
`Jeff ada buat sesuatu yang buruk pada Hana ke ?’
`Hana terdiam, malu hendak di ceritakan. `Tidak.’
`Jeffry ada…..... Hana ke?’ Tidak sanggup Ramli bertanya apa yang hendak di tanyanya. Lega rasanya bila Hana cepat-cepat dia mengelengkan kepalanya, menafikan Jeffry telah merosakkannya.
`Dia pukul Hana ke?’
Hana mengelengkan kepalanya. Ramli takut Jeffry telah berbuat sesuatu kepada Hana. Bagaimana hendak dia berdepan dengan Mak Chak, kalau sesuatu yang buruk berlaku pada Hana.
`Apa hadiahnya kalau menang?’ tiba-tiba Hana bertanya.
`Jeffry akan dapat Lily balik. Lily akan buat apa sahaja yang Jeffry hendak dia lakukan. Mona akan belanja kami semua satu kelas makan di salah sebuah restoran.’
`Kalau kalah?’
`Jeffry kena belanja sat kelas menginap 3 hari 2 malam di Genting Highland.’
Hana terdiam. Banyak betul yang di petaruhkan. Semua orang untung. Cuma Hana seorang sahaja yang menjadi mangsa.
`Kenapa Abang Ramli? Sanggup Jeff buat Hana macam tu? Hana di perbodohkan oleh Jeff cukup-cukup dan dia tidak ada rasa bersalah pun.’ Hana menangis perlahan-lahan.
`Hana sedikit pun tak sangka Jeff akan berbuat begitu. Hana ingat dia iklahs berkawan dengan Hana. Rupanya dia nak buat Lily cemburu dan kembali pada dia'.
`Maaf Hana, Abang tak tahu.’
`Tak pa... tak apalah .... Bukan salah Abang Ramli,’ kata Hana, tetapi Hana terus menangis perlahan. Hancur harapannya selama ini.
`Hana sedar siapa Hana ni Abang Ramli.’
`Jadi Jeff dah kembali pada Lily kat dalam tu tadi.’ Hana mengangguk.
Ramli mengeleng-gelengkan kepalanya. Mereka memang couple yang intim, sudah sekian lama sebenarnya.
`Hana tak tahu. Abang.’
`Tak apalah. Bukan salah Hana. Mereka yang harus dipersalahkan. Makanlah dulu Hana, lepas ni abang hantar Hana balik.’
Hana mengangguk. Dia ambil burger yang terhidang di hadapannya lalu menjamah sedikit. Dia memang sudah lapar benar. Sejak tengahari tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan pun.
`Sudah lah Hana, lepas ni Hana beringatlah. Jeff bukan macam abang. Dia anak orang senang. Abang di sini kerana dapat biasiswa. Abang bukan anak orang senang. Sekarang Hana dah lihatkan beginilah kehidupan budak-budak dari keluarga berada. Fahamilah dan jangan Hana terikut cara mereka'.
`Abang tahu Jeffery seorang yang ego-sentrik. Hana tengok sahaja cara dia makan, amat cerewet sekali. Dia anak manja, anak tunggal dari keluarga yang berada. Dalam dunia Jeffery dia sahaja yang penting'.

`Macamana abang boleh baik dengan dia?'
Abang tahu dia baik dengan abang sebab abang boleh tolong dia belajar. Abang ingat abang sudah berjaya mengubah Jeff. Tapi nampaknya abang tidak berjaya. Dia masih sangat pentingkan dirinya sendiri.
Hana cuma terdiam, mungkin ada kebenaran dalam kata-kata Ramli. Cuma Hana buta kepada semua kelemahan Jeffery kerana dia suka sangat dengan Jeffery. Malahan Mak Chak sudah selalu menasihati Hana, pun Hana tidak mahu melihat kebenaran itu. Yang Hana tahu dia sayang dengan Jeffery.
Kemudian mereka terdiam, terus menjamah makanan sehingga selesai. Setelah perutnya di isi. Hana rasa lega sedikit. Perasaannya kembali tenang. Mereka berbual perkara-perkara lain seperti kampong halaman dan sebagainya.
`Hana masih muda lagi. Kenapa Hana tidak mahu sambung belajar?’ Tanya Ramli
`Emak Hana orang susah. Dia suruh Hana datang KL kerja dengan makcik. Boleh bantu dia kat kampung.’
`Keputusan SPM Hana macamana?’
`Boleh le tapi tak dapat masuk IPTA, Hana tak mampu masuk IPTS.’
Jalan yang paling baik ialah kerja. Sekarang ini Hana kerja sementara mencari pengalaman dan untuk kumpul duit. Lepas ni, Hana mungkin cuba dapatkan mana-mana kursus kemahiran. Hana hendak meringankan tanggungan emak.
`Hana boleh belajar sambil kerja tau. Hana tau tak?’
`Ye ke? Macamana?’ Lagipun Hana tidak ada duit. Hana tak tahu macamana?’ ujar Hana.
`Nanti abang cuba tolong Hana.’
Hana mengangguk.
`Baik, habiskan kentang goreng tu, lepas ni, Abang hantar Hana balik.’
***********************

Jeffery berada di bilik Mona dengan Lily. Lily tersenyum mesra. Lily sememangnya seorang yang cantik dan jelita. Berwajah kacukan, hidung mancung dengan kulit yang putih dan mulus kerana emaknya berketurunan inggeris. Bertuah sesiapa yang dapat menawan Lily. Itu yang sering di katakan oleh kebanyakan orang yang mengenalinya.

Itu sebab Jeffery rasa dia mesti menang pertaruhan itu. Dia mesti menang pertaruhan itu dan buat Lily tunduk pada dia. Baru dia boleh buktikan dia jaguh. Kini dia gembira, egonya tidak tergugat. Malahan kembali utuh. Dia sudah capai apa yang dikehendakinya. Semua orang kini tahu yang Lily sebenar gilakan dia, cuma nak buatkan dia cemburu. Jeff puas hati dia telah berjaya dalam misinya kali ini. Lily sedang duduk di atas katil sambil memerhatikannya sambil meneguk minuman dari tin beer yang di pegangnya. Kemudian Lily tersenyum sedang mengoda dengan lirikan matanya. Kelihatan pahanya yang putih melepak terdedah apabila skirt pendeknya terangkat sedikit.
`Ok You menang… so …, apa you nak?.. You nak Lily? Tanya Lily. Lantas Lily mengenyitkan matanya kepada Mona. `Kalau nak we all dua-dua sekali pun boleh.’
Mona tersenyum. Matanya bersinar.
Jeffery tersenyum gembira. Tidak sangka boleh ada orang lain yang berhajat akan dirinya.

`Oh my!....You pun ada hati dengan I rupanya…?’ Jeffry makin tersenyum lebar. Ingatkan dia akan dapat satu habuan jika menang malam ni. Rupa-rupanya dua dalam satu habuan yang menanti dia. Jeffery bangun menghampiri Mona, lantas dia merangkul pinggang Mona. Mona ketawa keseronokan. Memang sudah lama dia menyimpan hati dengan Jeffery. Tetapi Jeffery tidak pernah pandang pada Mona. Dia cadangkan dengan Mona agar malam ini, biarlah mereka berkongsi tubuh Jeffery. Sesuatu yang dia inginkan sangat sejak dahulu.

Jeffry kemudiannya mengasak Mona menghampiri pintu, kemudian dengan tidak di sangka oleh Lily dan Mona, dia menolak Mona keluar. Mona terpinga-pinga di luar bilik.

`Next time maybe. Not this time,’ kemudian dia menutup pintu bilik di depan muka Mona. Mona sangat marah dirinya di perlakukan sedemikian oleh Jeffry.
`Shit you! How dare you…..!!’ teriakan Mona kedengaran di luar bilik.
Jeffery dan Lily ketawa geli hati mendengar sumpah seranah Mona.

Lily menghampiri Jeffery, sambil mendakap nya. Jeff memandang sahaja kemudian menolak Lily ke tepi. Fikirannya melayang seketika ke satu tempat yang dia begitu selesa sebentar tadi ketika di ruang tamu. Dia ingin ke sana lagi. Jeffery tidak ada mood untuk melayan Lily. Lily tidak mudah di tolak begitu sahaja. Lantas dia menarik Jeffery untuk duduk bersamanya di sofa. Mereka kemudian duduk berdua-duaan di sofa sambil menonton televisyen beberapa ketika.
`Mari kita turun ke bawah,' kata Jeffery. Dia mahu semua orang lihat yang dia sudah kalahkan keegoan Lily.
`Marilah kita duduk duduk di sini dulu. We have a lot to catch up. I really miss you... you know.'Kata Lily manja.
Jeff sudah dapat menangkap maksud Lily dan kehendak Lily. Selama ini Lily yang selalu jual mahal. Anehnya malam ini Lily macam hendak menyerah diri pada Jeffery. Tetapi Jeffery pula dia kurang berminat.
`Mari kita turun bawah dan lets dance,’ kata Jeff sambil bangun, dia menarik Lily bangun, memeluk pinggang Lily untuk berjalan keluar dari bilik Mona.
`Nantilah dulu...' Lily sudah melekapkan dirinya pada Jeffry. Mahu tidak mahu Jeffry melayan kehendak Lily. Kenapa agaknya Lily terlalu menyerah malam ini. Pada hal selalu dia tidak semurah ini. Sejak bermempunyai hubungan dengan pilot itu agaknya Lily sudah benayk mempelajari benda baru. Jeffery menundukan bibirnya untuk mengucup bibir Lily. Mereka berada dalam keadaan begitu buat seketika, Lily semakin mendesak dan membuat Jeffery kemudian Jeffery rasa jemu. Dia tidak bersedia untuk berikan apa yang Lily hendak.

`Mari kita turun. I nak menari,’ Lily nampak kehampaan tetapi dia ikut sahaja Jeffry.
Apabila semua orang melihat dia merangkul tubuh Lily semasa menuruni tangga, rakan-rakan mereka semua bersorak. Jeffery bangga dengan kemenangannya ini. Mereka semua bertepuk tangan melihat pasangan itu. Selepas itu semuanya terus berdansa. Malam itu Jeffery betul-betul puas hati. Baru semua orang tahu siapa Jeffery anak Datuk Hisham. Sorakan ramai buat dia bangga dan lupa diri. Dia betul-betul bergembira malam ini.

Jam menujukkan pukul 12.00 malam. Parti masih sedang berjalan, tiada tanda akan tamat . Jeffery duduk sebentar sambil meneguk minuman. Lily di perhatinya sedang berbual dengan Mona dan Sherry. Sebenarnya Jeffery pun tidak ada apa-apa perancangan tentang perhubungan dia dan Lily. Dia cuma mahu menang pertaruhan pada malam ini. Dan bila terbukti dia berjaya, hatinya puas. Soal Lily dan dia adalah soal kedua. Dia bukan terdesak sangat. Cuma dia mesti menang malam ini dan memang dia sudah memenanginya.

Perkataan pertaruhan membuat dia teringatkan Hana, budak kantin yang dibawanya ke parti ini. Matanya mencari-cari Hana. Di mana pulak Hana ni?
`Aku terlupa langsung pasal dia.’ Entah-entah sudah hanyut dalam pelukan jantan lain. Sebab dia begitu mudah sahaja mengikut Jeffry, dengan orang lain pun mungkin macam tu. Tiba-tiba timbul rasa marah, perlahan-lahan rasa marah meresapinya mulanya terasa di tangkai jantungnya, lama-kelamaan naik hingga ke kepala.
Dia ikut jantan mana pulak ni. Tadi dia jual mahal. Jantan mana yang memeluk tubuh Hana yang lembut kini? Sedikit pun Jeffery tidak rasa bersalah kerana meninggalkan Hana sendirian sudah hampir 3 jam.

`Eh! Mana Hana? Jantan mana yang dia ikut ni?’

`Kenapa Jeff?' kata Mona setelah di lihatnya Jeffery sedang tercari-cari.
`Cari budak kantin tu ke Jeff ?’ Cebik Mona seperti menghina. Dia marah sungguh bila Jeffey menolaknya keluar dari bilik tadi. Jauh di sudut hatinya dia juga menaruh minat dengan Jeffery. Tetapi Jeffery tidak pernah memandangnya begitu. Dengan budak kantin tu pun Jeffery ada menunjukkan minat. Mona tidak laku langsung di mata Jeffry. Tetapi puas juga hati Mona bila dia dapat menyakitkan hati Hana semasa kejadian di bilik air awal malam itu.

Jeffery kurang senang dengan cara Mona berkata-kata. Dia tidak memperdulikan Mona, matanya terus mencari tubuh Hana dalam pakaian hitamnya yang sendat itu. Entah-entah tubuh itu berada dalam dakapan jantan lain.

`Dia sudah balik le.. Jeff. Awal tadi dia dah balik,’ beritahu Sherry. Sherry yang masih ada lagi nilai kebaikan dalam dirinya.
`Dia balik dengan siapa?’
Sebelum Sherry dapat menjawap, Mona mencelah dengan kasar.
`Dia dah di bawa oleh Ramli dengan motosikalnya.'
`Diorang tu ada apa-apa ke? Atau budak kantin tu, yang gatal sapa-siapa pun boleh bawa ke hulu ke hilir.’ Tuduh Mona ingin memburukan Hana.
Sherry therdiam sahaja. Dia masih rasa bersalah kerana dialah yang memberitahu Mona, Hana balik dengan Ramli. Dia juga rasa bersalah dengan kejadian di bilik air tadi.
Perasaan marah tadi timbul kembali kini lebih akut dari mula-mula tadi,
`Ramli telah bawak Hana pergi?’
Sherry menggangguk.
Tanpa banyak bicara Jeff bergegas bangun hendak keluar dari situ.
`Heh! Where are you going?’ Jeff. Soal Lily, kecewa malamnya akan berakhir begitu sahaja.
`Out from here.’ ringkas sahaja jawap Jeffry, kemudian dia hilang.

2 Responses to "Hadirmu, takdirku5"

Anonymous
November 14, 2009 at 1:17 AM #  

nape x leh bace episod yg lain???

Comment by Alina Haizar
February 20, 2010 at 12:24 AM #  

Salam Anon, Insya allah Novel Hadirmu Takdir Ku akan dipasarkan pada bulan 3 ini. nantikan..kemunculannya...
Alina

Nurul Ain tidak menjawab. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab. Dia sudah tidak sedar dengan semua disekelilingnya. Yang Nurul Ain nampak, rantai loket, tarikh 14 July 2003 dan Datin dan Pak Su Adli dan Jeffrey yang mendustainya.

 
Hadirmu, Takdirku © 2008 | Blogger Templates