Novel Hadirmu Takdirku

Novel Hadirmu Takdirku
bakal di Pasaran Mac ini

Hadir mu, takdirku 1

Written by Alina Haizar on Saturday, March 14, 2009 at 9:32 PM


Bab1
2002
Ah! meluat aku! Ingat dia lawa sangat. Geramnya dia melihat gadis yang sedang berpelukan itu. Gadis itu mengeliat-ngeliat apabila pinggangnya di peluk oleh temannya. Ketawa manja jelas kedengaran walaupun Jeffery berada dalam jarak yang agak jauh dari mereka.

Wan Jeffery Wan Hisham sedang menahan marah seorang diri, dari dalam keretanya dia memerhatikan gelagat Lily. Geram dia memerhatikan Lily, yang selama ini ialah teman wanitanya. Berlagak sombong dengan teman lelaki barunya. Tiap-tiap hari lelaki itu tunggu Lily di perkarangan kolej dengan kereta ferrari model terbaru. Jeffery berdengus, kemudian memerhatikan keliling dalam kereta BMW M Sport nya yang sudah berusia 2 tahun. Bukan Jeffery tak mampu nak beli kereta macam teman lelaki Lily tu, tetapi dia akan berlepas ke US selepas tamat belajar dalam masa 6 bulan lagi. Jadi ini menyebabakan Dato Wan Hashim tidak mahu belikan dia kereta baru.

Itu pun membuatkan Jeffery meradang, Selalu ayahnya dapat di pujuk oleh Bonda, yang tidak pernah menolak permintaannya. Mukanya yang kacak masam kelat menahan radang. Marah dengan Lily, marah dengan ayahnya. Kalau dengan bondanya senang dia hendak minta apa-apa pun. Tetapi dengan Dato Wan Hashim susah sikit. Dia asyik kata tidak mahu memanjakan sangat Jeffery. Itu aje yang selalu di ulangnya apabila dia menolak permintaan Jeffery. `Kalau tidak manjakan Jeffery siapa lagi yang dia hendak manjakan. Bukan ke aku ni anak dia yang tunggal. Harta banyak-banyak tu nak buat apa? Jatuh pada aku juga nanti!’ bentak Jeffery sendirian. Ketawa hilai Lily menarik semula perhatian Jeffery yang tersasar sebentar kepada ayahnya. Tambah geram lagi melihat kepala mereka yang dirapatkan bersama, seolah-olah sedang berkucupan. Tanpa segan silu dengan orang yang sedang lalu lalang. Jeffery lagi naik menyampah lalu terus memandu dengan laju keluar dari kawasan itu.

Selalunya dia dan Lily yang beraksi sedemikian di kawasan kampus ini. Maklumlah kolej swasta, siapa nak peduli kalau mereka berlagak macam orang putih, berpeluk-pelukkan ke sana- ke mari. Kononnya Dia dan Lily merupakan pasangan ideal. Sudah hampir setahun mereka bersama. Semua orang memberi jolokan `Couple of the year’ kepada mereka. Menurut rakan-rakan mereka berdua, sama cantik, sama padan, sama-sama dari keluarga org berada. Bondanya juga merestu perhubungan ini. Hubungan mereka sungguh rapat hampir beberapa kali mereka menjadi intim, cuma keadaan masa dan tempat menjadi penghalang. Jeffery tidak kisah sangat sebab buat masa ini memang mereka rapat tapi tahun depan bila sudah pergi US belum tentu lagi mereka akan bersama. Masa akan menentukan haluan masing-masing. `So, just enjoy’, itu prinsip mereka berdua. Banyak masa lagi untuk menikmati kemanisan hidup ini. Tetapi dua minggu lepas, Jeffery dengan tidak sengaja meninggikan suaranya kepada Lily dan kemudian Lily merajuk. Hampir dua minggu Lily tidak mahu bertemu dengan Jeffery. Tiba-tiba kawan-kawannya heboh memperkatakan tentang Lily dan teman barunya. Egonya tidak dapat menerima yang Lily meninggalkannya dan mendapat teman baru.

Tambah menyakitkan hati ialah apabila rakan-rakannya mula menyindir Jeffery apabila mereka setiap kali terserempak dengan Lily dan temannya.
`Apa ni Jeff? Tak jealous ke? Takkan nak tengok je girl friend kena kebas orang. Come on Jeff.’
Panas hati Jeffery, sakit hati dia. Selama ini dia memang rasa dirinya hebat, jangan di cabar egonya. Mereka yang sedang dalam perjalanan ke cafeteria, ternampak Lily dan temannya sedang menaiki kereta selepas habis kuliah pada hari itu.
`Tengok tu BF Lily, I dengar he is a pilot, you know. Mesti kaya, tengok kereta dia. Kelas!’
`Macamana, they end up together? Kat mana Lily jumpa mamat Handsome ni.’
Eh mesti le tengoklah Lily tu memang cantik, siapa-siapa pun dia boleh dapat. But this time, she really have done it. He is so handsome.’, puji Mona. Mona dan Jeffery merupakan kawan sejak kecil lagi kerana ibu Mona adalah kawan baik Datin Maimunah.
`I memang minat older guy. Not like you all, immature boys,’ kata Ann, membuat semua budak-budak lelaki marah, masing-masing memuncungkan mulut tanda menyampah.
`Tu lah you Jeff, tak tahu nak jaga Lily, Melepas you,’ ejek Mona lagi yang juga merupakan kawan baik Lily. Orang cantik macam tu kena….. apa kata orang ‘jaga macam minyak yang penuh’.

`Alah! Bukan lawa sangat, siapa kata dia lawa’, tempelak Jefery, sakit hatiya. Kemudian dia cuba pula menyakitkan hati Mona dengan menambah, `I tengok budak kantin tu lagi lawa.’ Kawan-kawan lelaki Jeffery menyokong Jeffery dengan mentertawakan Mona. Tujuan mereka hanya untuk membuat Mona marah sebab hendak membalas balik penghinaan Mona yang mengatakan mereka `immature boys’.
Beramai-ramai mereka mengiyakan cakap Jeffery `Budak kantin lagi cun daripada Lilylah.’
`What do you mean ? Apa lah you ni. Budak kantin yang mana?’ Mona menjegilkan matanya, marah kerana mempertahankan kawannya.

`Cuba you tengok baik-baik, tu hah tengah mengelap meja tu,’ Jeffery memegang bahu Mona sambil tangannya yang satu lagi menunjukkan ke arah gadis yang sedang bekerja di kafetaria. `Kalau dah pakai mekap dan pakai baju-baju yang branded macam Lily, nenek pun lawa tau.’ kata Jeffery sambil ketawa sekuat-kuat hatinya.

Rakan-rakan yang lainnya ketawa berderai-derai, seronok membuat Mona marah. Hati Mona seperti mendidih-didih, geram di ketawakan. Padahal yang menjadi bahan yang di perkatakan ialah temannya Lily, bukan dia. Tetapi marahnya sudah tidak dapat di tahan, lantas dia memuntahkan lahar panas dari mulutnya.
`Kalau budak kantin tu lagi lawa, you pergi lah tackle dia,’ cabar Mona. Tiba-tiba dia tersenyum sinis seperti mendapat satu ilham baik, dia menambah lagi.
`Ok, I nak bet dengan you. I nak tengok you dapat tak bawa budak kantin tu ke to my birthday party hujung bulan ni? I nak you buktikan yang The Great Jeffery boleh tak pikat sesiapa saja yang dia mahu macam ni,’ sambil dia memetik jarinya di depan muka Jeffery. Berdetap kuat bunyi jari Mona bila di petik.

`Wow!!!!,’ kata semua yang ada di situ. Satu cabaran untuk Jeffery. Semua mata memandang Jeffery, sama ada dia hendak ambil cabaran itu. Jeffery tersenyum sambil menghulurkan ibu jarinya untuk di calit oleh Mona sebagai tanda bersedia.

`Okay tak ada masalah, you nak bet dengan I hal macam ni. Ini kacang ajelah,’ kata Jeffery. `Kalau I menang, what do I get?’
`You want Lily back kan?’ tanya Mona sambil tersenyum penuh makna. Dia tahu Jeffery memang boleh pikat budak kantin tu, tapi dia saja nak tengok sampai takat mana Jeffery akan lakukan demi egonya. Seronok juga nak tengok budak kantin itu di mainkan oleh Jeffery nanti.
Jeffery mendiamkan diri sebentar. Semua rakan-rakan diam menunggu keputusan Jeffery.
`All right! I accept the bet. Kalau menang bet ni, I dapat Lily balik tetapi Lily kena ikut apa sahaja kehendak I. Boleh you aturkan. And…,’ Jeffery mengenyitkan mata kepada kawan-kawannya, ‘ you mona belanja kami semua sekelas makan di KLCC. OK!’
`Macam tu le brother. Ajar sikit!’ rakan-rakan yang lain makin mengalakkan
Mona mencalit ibu jarinya dengan ibu jari Jeffery tanda setuju dengan sahutan itu. `Boleh no problem, Kalau you kalah, you tanggung all our expenses 3 hari 2 malama di Genting. Alright!’
`Itu kacang, lebih dari tu pun boleh. But …… I don’t think I will lose,’ ujar Jeffery sambil mencuit hidung Mona yang mancung. Mona menepis, geram melihat Jeffery yang begitu yakin. Rakan-rakan yang lain bersorak gembira, menang atau kalah, mereka tetap akan dapat habuan. Menjadi-jadi mereka mengalakkan Mona dan Jeffery sambil berjalan menuju kafetaria untuk menikmati makan tengahari.

0 Responses to "Hadir mu, takdirku 1"

Nurul Ain tidak menjawab. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab. Dia sudah tidak sedar dengan semua disekelilingnya. Yang Nurul Ain nampak, rantai loket, tarikh 14 July 2003 dan Datin dan Pak Su Adli dan Jeffrey yang mendustainya.

 
Hadirmu, Takdirku © 2008 | Blogger Templates