Novel Hadirmu Takdirku

Novel Hadirmu Takdirku
bakal di Pasaran Mac ini

Hadirmu, takdirku2

Written by Alina Haizar on Sunday, March 15, 2009 at 3:16 AM


Bab2
`Hana, awat hang lambat sangat! Cepat sikit sapu sampah tu. Sat lagi budak-budak keluaq makan!' Tiba-tiba Mak chak bersuara mengejutkan Hana yang sedang leka menyapu lantai.

`Yalah Mak Teh, Hana dok sapu sampah lah ni. Nak siap dah ni,' jawap Hana sambil mengeleng-gelengkan kepalanya dan bersungut sendirian.
`Mak Chak ni suka kalut betuilah. Lambat lagi depa tu nak keluaq makan.'

Jam di tangannya menunjukkan baru pukul 11.30 pagi tengahari. Selalunya pukul 12.30 baru budak-budak kolej dating berpusu-pusu untuk makan tengahari.
`Bukan apa, cepat hang siap, cepat boleh buat kerja lain. Soed tak mai keja hari ni. Hana kena tolong-tolong sikit. Nanti kelam kelibut kita,' seru Mak Chak dengan lembut.
`Baiklah Mak Chak,' sejuk hati Hana mendengar teguran Mak Chak. Mak Chak ni Hana anggap macam Mak Hana juga. Emak Hana berharap sangat Mak Chak akan jaga Hana di Bandar besar ini. Mak Chak sudah lama merantau mencari rezeki di Kuala Lumpur dengan membuat jualan makanan. Pada mula dulu secara kecil-kecilan, akhir sekali dia dapat tender menguruskan Kafetaria di kolej swasta ini. Suatu pencapaian yang besar untuk Mak Chak yang hanya bermula dengan perniagaan nasi lemaknya dahulu.

`Kalau Hang keja kuat, nanti satu hari, hang pun boleh jadi tauke macam Mak Chak,' Hana teringat pesanan emaknya semasa dia hendak berangkat ke Kuala Lumpur mengikut makciknya bekerja. Hana baru lepas mendapat keputusan SPM. Keputusan agak baik tetapi tidak cukup baik untuk mendapat tempat di mana-mana IPTA. Emak Hana tidak mampu untuk menyara Hana belajar di IPTS. Mulanya Hana berharap agar dapat masuk tingkatan enam, tetapi membatalkan niatnya kerana tidak sanggup menyusahkan emaknya lagi. Hana ingin cari kerja untuk membantu emak. Lagipun adik-adiknya masih ramai sedang belajar. Bila Mak Chak minta Hana bekerja dengannya Hana tidak melepaskan peluang ini. Sekurang-kurang dia dapat mengurangkan bebanan emak dan boleh lah nanti memberi sedikit wang untuk membantu persekolahan adik-adik.

Walaupun demikian niat untuk belajar masih tertanam di hatinya Apabila melihat anak-anak yang kaya di kolej ini, hatinya teringin sungguh agar dapat bersama-sama mereka. Apakan daya. Mungkin satu hari nanti bila dia sudah mengumpul wang yang cukup, bolehlah dia cuba sambung belajar lagi. Buat masa ini sepasang baju baru pun susah untuk dia beli. Semalam emak sudah telefon, minta Hana kirim sedikit wang untuk belanja sekolah adik-adik. Hana mengeluh sambil membetulkan baju Tnya sudah lembap kerana membasuh pinggan mangkuk sebentar tadi.

`Helllllo!…. `Tolong lap meja ni. Boleh’?
Hana tersintak dari lamunannya lantas Yana menoleh ke arah suara yang memanggilnya tadi. Sekumpulan pelajar sedang memerhatikan Yana. Dia segera menghampiri meja tersebut lantas mengelap meja yang memang sudah bersih. Tetapi Hana terus mengelap meja itu sekali lagi. Makciknya sentiasa berpesan.
`Apa-apa pun kata pelanggan, mereka aje yang betul. Ikut sahaja.'
Ada kalangan pelajar-pelajar yang cerewet. Hana tahu kebanyakan pelajar di sini datang dari keluarga berada. Kebanyakan mereka di sini sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran ke luar Negara. Beruntungnya mereka. Bagi Hana, nak belajar di Negara sendiri pun tak mampu. Inikan nak keluar Negara.

`Depa-depa ni anak orang kaya. Hang kena maniskan muka tu. Jangan masam. Nanti depa komplain, susah mak teh nak dapat tender kantin ni tahun depan. Tu dia maniskan muka hang macam tulah’, kata-kata mak Chak sentiasa di ingatan Hana, lalu bibirnya menguntum senyum kepada kumpulan pelajar yang bercampur lelaki perempuan itu. Mereka semua memandang wajah Hana sambil tersenyum-senyum. Hana sudah biasa dengan senyum sinis pelajar-pelajar di sini terutama pelajar perempuan. Dia sedar dari segi berpakaian , dirinya tidak ada gaya yang menarik langsung.
`Hendak ordar makanan ka Encik?, Tanya Hana dengan manis sekali, loghat utaranya jelas sekali kedengaran membuat pelajarpelajar itu makin tersenyum lebar.

`Memang le nak makanan, takkan nak order baju kot…..’, jawap salah sorang pelajar lelaki, Hana pernah dengar orang memanggilnya Wan. Hana terpaksa mengukir senyum sumbing apabila mereka semua mentertawakan dirinya. Riuh rendah suasana di meja itu. Hana termangu-mangu tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
`Saya nak fresh oren satu’, tiba-tiba seorang pemuda berkata, mukanya serious dan dia tidak sama-sama mereka, sedang ketawakan Hana. Matanya tepat memandang wajah Hana.

Selepas itu baru suasana tenang dan Hana dapat mengambil pesanan makanan daripada pelajar lain. Mereka semua hanya memesan minuman. Pemuda tadi terus memandang Hana seperti ingin berkata-kata lagi.

`Hendak makan apa?’
`Mee goreng satu, tak mau taugeh, tak mahu ayam’.
`Baiklah Encik’. Kata Hana, lembut lalu beredar Sebentar kemudian Yana keluar daripada dapur kantin dengan minuman yang di pesan dan sepinggan mee goreng dan menghidangkannya kepada mereka. Tanpa melihat tepat kepada wajah pemuda itu Hana terus hendak masuk ke dalam dapur kantin. Banyak lagi kerja yang harus di lakukan di dalam dapur itu. Macam cakap Mak Chak, Soed, pembantu masak tidak datang kerja hari ini.

Jeff terus memandang wajah Hana.
`Boleh tahan juga budak ni. Tanpa mekap pun ok wajahnya. Nasib baik OK’. Semalam Jeffery tengah marah, dia main sebut sahaja budak kantin. Kalau buruk muka, susah juga Jeffery nak teruskan cabaran Mona ni;, dia berkata-kata dalam hati sambil terus menilai Hana.
Senyumannya ok, manis, rambutnya yang panjang melepas bahu di ikatnya di belakang. Cuma penampilannya saja yang tidak ada gaya langsung dengan baju T putih dan seluar hitamnya. Kalau di pakaikan macam Lily, silap-silap lebih lawa daripada Lily agaknya. Jeffery tersenyum sendiri.

Kalau melihat betul-betul dalam lubuk hatinya, Jeff bukannya gilakan Lily sangat. Tapi jiwa remajanya marah mengenangkan dia kalah dengan pilot muda yang mendampingi Lily. Sifat egoisnya tidak membenarkan dia kalah. Dia cuma nak membalas dendamnya. Itu sebab dia menerima cabaran Mona. Dia nak buktikan bukan Lily tu bukan sorang saja perempuan dalam dunia ni.

`Cik adik, mari sini kejap’, Jeff memanggil lagi.
`Mai sini sat, no’, budak lelaki yang bernama Wan menyampuk dengan loghat utara. Yana tidak sempat masuk ke dalam dapur kembali ke meja Jeffery tanpa memperdulikan yang lain.
`Saya nak order telur mata kerbau satu’,
`Baik En’, kata Yana lagi. Jeffery terus memandang wajah Hana, tidak di lepas-lepasnya. Tetapi dia tidak dapat apa-apa reaksi daripada Hana. Malahan matanya tidak memandang langsung muka Jeffery.

Yang ni yang you kata lawa dari Lily,” Mona mendengus. Sweet maybe but a little bit on a fat site. Jeffery akui, memang lah budak tu bukan kurus langsing macam, Mona, Lily atau Ann. Tapi bukanlah gemuk sangat. Bolehlah tahan, Cuma kalau di beri pilihan Jeffery suka yang langsing , yang ada kualiti macam peragawati, lagi bagus. Tapi dia pun bukan nak ajak budak perempuan tu kawin, hanya untuk menang cabaran Mona pada malam itu aje.
“Itu puppy fat aje, tak lama lagi hilanglah temban dia tu. Wan menyampuk. “ Rupa ok.”
“Yelah tu, tetapi dia ni kampung sikitlah. No style at all. Tak taulah rupanya taste you macam ni selama ni” sahut Ann, lebih jahat lagi mulutnya. Semua yang lain senyum –senyum mendengar kutukan Ann, mengiyakan kenyataannya.
Budak kantin keluar semula dengan membawa telur mata kerbau yang di pesan oleh Jeff.
`Ini dia En. Telur mata kerbau seperti yang En pesan’, setelah di letakkan dengan sopan di hadapan Jeffery, Hana terus mengorak langkah ingin berlalu. Hana terasa seperti mereka sedang memerhati dan mentertawakan dia. Mungkin sebab loghat utaranya itu. Selalunya Hana boleh kawal loghat utara dia, tetapi kadang-kala dia tercakap utara juga.
`Nanti dulu. Boleh tengok muka customer tak? Apa layanan macam ni? Tengok muka pun tidak mahu. Macam cakap dengan robot aje. Senyum pun tak bagi. Macamana ni pelanggan boleh lari tau’, . kata gadis di sebelah Wan dengan agak sinis. Wan sedang memeluk gadis itu, sambil tersenyum sumbing.
Hana mengangkat mukanya mengagahi dirinya untuk memandang wajah mereka semua.
Kemudian dia pandang wajah pemuda yang memanggilnya tadi. Baru Hana cam siapa pemuda yang bersikap baik dengan dia tadi. Dia selalu melihat pemuda ini berkepit dengan seorang pelajar perempuan yang sangat cantik dan bergaya. Tetapi pelajar perempuan itu tidak ada bersama-sama mereka hari ini.

Pemuda itu mempunyai seraut wajah yang tampan. Kelopak matanya besar dan dalam, mempaparnya seorang yang mempunyai emosi yang kuat. Tulang pipinya tinggi dan hidungnya mancung, tegak dan menipis di hujung. Macam keturunan bangsawan. Terdapat belahan kecih di dagunya, membuat wajahnya lebih menarik lagi. Dia juga cukup bergaya. Hana tahu dari segi gaya dan rupanya memang macam anak orang kaya. Tidak hairanlah sebenarnya hampir kesemua pelajar di kolej ini memang gaya macam anak orang kaya. Tetapi pemuda ITU ketua mereka dalam kumpulan ini. Pemuda itu tidak putus-putus memberikan Hana senyuman, Hana hanya ingat pesanan Mak Chak supaya sentiasa memaniskan muka, lalu dia membalas senyuman pemuda itu.

`Camni lah, barulah ada penarik kan Jeff’, tegur Wan lag sambil menepuk bahu pemuda tadi.. Mereka ketawa beramai-ramai lagi kecuali pemuda itu yang terus menerus memandang Hana dengan lembut, membuat jantung Hana mula berdetak. Dia menjadi keliru dengan pandangan Jeffery yang tidak di lepas-lepaskan itu. Lebih baik, dia cepat-cepat beredar dari situ.

0 Responses to "Hadirmu, takdirku2"

Nurul Ain tidak menjawab. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab. Dia sudah tidak sedar dengan semua disekelilingnya. Yang Nurul Ain nampak, rantai loket, tarikh 14 July 2003 dan Datin dan Pak Su Adli dan Jeffrey yang mendustainya.

 
Hadirmu, Takdirku © 2008 | Blogger Templates