Novel Hadirmu Takdirku

Novel Hadirmu Takdirku
bakal di Pasaran Mac ini

Hadirmu, takdirku 4

Written by Alina Haizar on Sunday, March 15, 2009 at 7:24 PM


Bab 4

Perhubungan Jeffery dan Hana menjadi lebih akrab dari hari ke sehari. Tiap-tiap petang Jeffery akan datang ke kafetaria untuk makan. Alasannya selepas itu dia boleh terus pergi belajar di perpustakaan. Kadangkala dia membaca buku di kafetaria sahaja sambil ditemani oleh Hana sehingga waktu maghrib. Ada juga dia mempelawa untuk hantar Hana pulang rumah dengan kereta BMW sportnya. Tetapi Hana tidak mahu kerana takut dengan Mak Chak. Hana perhatikan Mak Chak macam tidak berapa suka kalau Hana berbual lama sikit dengan Jeffery. Mak Chak memang tidak akan senang dengan mana-mana lelaki. Dia pernah dikecewakan oleh seorang lelaki pada suatu masa dahulu. Peristiwa ini berlaku semasa Mak Chak mula-mula menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, dua puluh lima tahun yang lalu. Setelah dikecewakan, sampai sekarang Mak Chak tidak kawin-kawin.

`Jeff ada hutang dengan Hana, Jeff kena balas ni.’
`Apa dia? Mana Jeff pernah hutang dengan Hana?’
`Hutang budi, hari tu Hana buatkan mee goreng untuk Jeff.’
`Alah!...Tak pe.’
`Dan Hana sudi menemani Jeff setiap petang, beri Jeff semangat untuk tekun belajar.’
`Ye ke?’ tidak sangka Hana, Jeffery menganggap dia sebagai aspirasi untuk tekun belajar.
`Lagipun Jeff kasihan tengok Hana kerja sepanjang hari. Mari ikut Jeff, jalan-jalan melihat Bandar Kuala Lumpur ni.‘
`Tak payahlah Jeff. Nanti ada masa Hana akan pergi jalan juga. Selepas semester ni, kafetaria tutup, boleh Hana minta cuti.’
`Please Hana! Hari Sabtu ni kita pergi jalan, shopping-shopping sikit, lepas makan malam kita balik le. Lepas ni Jeff tak ada banyak masa lagi sebab nak exam.’
Hana ingin sangat hendak mengikut Jeffery. Dia sudah mula menyukai Jeffery. Pada Hana, Jeffery seorang yang sangat baik, bersopan-santun dan sangat menghormati dirinya. Walau pun anak orang berada, dia tekun belajar. Jeffery juga sentiasa membuat Hana rasa dirinya di hargai.
Melihat Hana terdiam, Jeffery terus merayu, `please Hana. Tak syoklah asyik Hana aje yang susah payah dengan Jeff. Jeff tak ada pernah bagi apa-apa pun pada Hana.’
`Eh! Hana ikhlas kawan dengan Jeff, Hana tak minta apa-apa balasan.,’ pada Hana kesudian Jeffery berkawan dengan dia, sudah merupakan satu rahmat pada dia. Dia tidak akan meminta apa-apa lagi.

`Please Hana. Please.’ Jeff terus merayu.
Lama-kelamaan melihat kesungguhan Jeff, Hana mengalah.
`Nanti Hana tanya Mak Chak dulu ye? Kalau Mak Chak kata ok. Bolehlah.’
`Alright! That’s my girl. Jangan hampakan Jeff hari Sabtu ini tau.’
`Berdetup jantung Hana, mendengar Jeff memangilnya ‘my girl,’ tiba-tiba sahaja harapannya menggunung tinggi.
**************************
`Hang ni, baik-baik sikit. Mak Chak bukan nak halang hang berkawan dengan sapa-sapa pun. Budak laki tu, Mak Chak tau dia buas sikit. Sebelum ni berapa pompuan dah dia dok usung.' Mak Chak mengeleng-gelengkan kepalanya kemudian dia sambung lagi.
`Hei….! Mak Chak takutlah. Sat ni mak hang kata Mak Chak tak jaga hang dengan betui!’
`Alahai… Mak Chak, Hana bukan nak pi mana-mana, shopping dan jalan-jalan kat-kat sini aja. Lagipun hari tu cuti.’
Akhirnya setelah puas di pujuk, baru Mak Chak benarkan Hana keluar dengan Jeffrey. Dia kasihan juga melihat Hana yang berkerja setiap hari tanpa ada masa untuk dirinya langsung. Bila hari kafetaria ditutup seperti Sabtu dan Ahad, Hana sibuk mengemas dan mencuci rumah mereka pulak. Sedikit pun Hana tidak pernah bersungut.

*******

Hari Sabtu, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Jeffery akan menjemputnya selepas Zohor. Mak Chak tengok sahaja Hana, bersiap-siap mengenakan blaus baru bewarna biru dan seluar jean. Rambutnya tidak lepaskan, masih tetap di ikat rapi tetapi Mak Chak perhatikan bibirnya tercalit gincu. Mengeluh Mak Chak menengok Hana, anak dara sunti yang masih mentah dengan dunia di luar sana. Teringat kala dia masih muda, seperti bunga, sesegar dan seharum Hana sekarang ini. Kalau boleh dia ingin melindungi Hana dari dilukai oleh realiti dunia. Sebelum Hana melangkah keluar rumah, Mak Chak berpesan lagi.
`Hang tu jalan-jalan juga, shopping-shopping juga, sembahyang jangan lupa tau. Kat shopping kompleks tu, KLCC ka mana ka, semua ada tempat sembahyang. Jangan buat tak tau aja.'
`Baiklah Mak Chak.’ Hana mengiyakan sahaja, janji dia dapat ikut Jeffery. Hari ini ialah hari yang paling bahagia sekali buat Hana.

Jeffery membawa Hana pusing-pusing keliling KL, tidak semua tempat yang mereka singgah, cuma singgah tempat-tempat seperti Muzium, Masjid Negara, Pusat Sains dan Taman Burung.
`Betul-betul le macam bawa orang kampong melawat KL. Aku pun tak pernah pergi kat tempat-tempat ni.' Jeffery berkata dalam hati. Tetapi oleh kerana jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur yang di jadikan umpan supaya Hana mahu mengikut Jeffery, jadi Jeffery kena berpura-pura sangat berminat menunjukkan tempat-tempat ini kepada Hana. Mereka pusing-pusing di tempat-tempat ini sehingga sehingga jam pukul 5.00 petang.
`Lepas ni kita pergi KLCC, Jeff nak beli barang sikit.'
`Ok, boleh Hana sembahyang asar kat sana nanti. Mak Chak kata kat KLCC ada tempat sembahyang.'
`Alamak! Jeff mengerutu dalam hati, ‘lecehnya perempuan ni. Shopping-shopping pun sibuk nak sembahyang.’

Selesai Hana menunaikan sembahyang asar, di surau Pusat membeli belah Suria KLCC, Jeffery terus membawa Hana ke bahagian pakaian perempuan. Hana agak hairan. Dia ingat Jeffery yang hendak membeli pakaian, sebaliknya Jeffery memilih beberapa pakaian wanita dan terus menyuruh Hana mencubanya. Hana cuba menolak tetapi nampaknya Jeff bersungguh tidak mahu kalah. Dia tarik tangan Hana supaya mengikutnya ke bilik salin pakaian, kemudian dia menolak Hana masuk ke bilik tersebut. Mahu tidak mahu dia terpaksa mencuba pakaian yang dipilih Jeffery. Tetapi Hana tidak berapa berkenan dengan pakaian yang Jeff pilih itu. Sama ada terlalu pendek, terlalu ketat atau tidak berlengan. Setelah disuruhnya mencuba beberapa pakaian baru, akhirnya Jeff puas hati dengan pakaian yang terakhir Hana cuba. Baju tanpa lengan dan panjangnya tidak sampai mencecah lutut mendedahkan paha, bewarna hitam. Bahagian dadanya terdedah sedikit.

`Wow, cantiknya Hana pakai baju ni!' seru Jeffery. Barulah pertama kali pada hari ini Hana melihat wajah Jeffery menguntum senyum, tetapi senyuman itu tidak dapat menghilangkan kerisauan Hana yang tidak faham dengan kelainan tingkah laku Jeffery waktu itu.
`Sendatlah baju ni,' kata Hana, cuba mengelak daripada dipaksa memakai pakaian itu. `Tak ada baju lain ke?’ Hana berkata lagi. Tidak senang langsung dengan pakaian itu. Bila di tarik ke bawah sebab terlalu pendek, dada terdedah, tarik ke atas, paha pula terdedah.
Jeffery puas hati melihat tubuh Hana yang disaluti baju yang dipilihnya itu. Warna hitam membuat Hana nampak langsing sikit. Memang pakaiannya agak sendat. Kalau Hana kurus lagi cantik tetapi baju yang sendat membuat Hana kelihatan menarik, susuk tubuh perawan sunti yang di ambang kedewasaan. Memang Jeffery ada citarasa yang bagus. Baru Hana nampak macam Lily dan rakan-rakannya yang lain. Tidaklah Jeffery malu malam ni nanti.
`Alright! macam ni baru nampak ada kelas, nampak shape, baru nampak pinggang, berbanding dengan pakaian yang Hana pakai everyday,’ Jeffery agak sinis. Hana terdiam, Selalunya Jeffery tidak bercakap macam tu.
`Terus pakai baju tu, Jeff nak bawa Hana pergi majlis hari jadi kawan. Baju Hana pakai tadi lipat, kita masukkan dalam beg plastik.’
`Hah! Hana terkejut, Kenapa Jeff tak cakap awal-awal nak pergi rumah kawan Jeff.’
Jeffery buat tak dengar, `Lepaskan rambut Hana, macam ni.’ Jeffery menarik getah rambut yang mengikat rambut Hana, agak kasar. Hana kesakitan, tetapi belum sempat berkata apa-apa Jeffery sudah menariknya ke kaunter pakaian. Direntapnya tag harga pakaian berwarna hitam itu lalu dia membuat bayaran menggunakan kad kredit.
`Mahalnya baju ni Jeff,' terkejut Hana bila mengetahui bajunya bernilai RM399.99
`Tak ape, this just for you.’
`Jangan macam tu, Jeff. Tak maulah Hana. Lagipun Hana bukan boleh pakai baju macam ni kat mana-mana pun lepas ni.’
`Jeff kata pakai, pakai le. Nanti malu Jeff kalau Hana turn up to the party dengan baju dan seluar jean ini,’ Jeffery mengunjukkan beg plastik yang berisi baju yang di pakai Hana sebelum ini. Nada dia keras, dia terlupa untuk mengawal marahnya. Dia sudah hampir sangat untuk menang cabaran Mona. Dia tidak pedulikan sesiapa lagi. Dia menyorot matanya ke atas ke bawah tubuh Hana yang bersalut dengan kain sendat itu, tanpa memandang wajah Hana pun.

`Ok! Semua sudah OK,' katanya dalam hati. Nasib baik dia pakai sepatu hitam. Walaupun sepatu murahan tetapi padan dengan baju hitam yang dipakainya. Kalau Hana pakai selipar, kenalah Jeff beli sepasang sepatu hitam pulak lagi.
`Mesti seumur hidup Hana, tidak pernah ada baju semahal inikan?’ ujar Jeffery tanpa menyedari perkataan itu terkeluar dari mulutnya menyinggung perasaan Hana.

Hana terdiam mendengar nada suara Jeffery yang seperti mengejeknya. Dia tidak berani berkata apa. Tidak faham kenapa Jeffery marah. Mungkin salah Hana kerana tidak menghargai apa yang Jeffery cuba lakukan. Ingin rasanya Hana balik rumah sahaja. Tetapi nampaknya Jeffery terlalu beriya-iya ingin membawanya ke rumah kawan. Hana cuba memujuk hatinya yang Jeffery tidak bermaksud menghinanya. Cuma Hana yang asyik menyusahkan Jeffery hingga dia marah. Lebih baik Hana cuba ikut sahaja kemahuan Jeffery dengan mendiamkan dirinya.

Tetapi Jeffery seperti tidak perasaan pun yang Hana mendiamkan diri. Dia tidak nampak pun diri Hana sebagai Hana. Pada dia, Hana hanya budak kantin, penting untuk menjamin kemenangannya malam ini. Dia melihat jam di tangan, jam menunjukkan pukul 7.30 malam, lalu ditarik tangan Hana sambil berjalan menuju ke eskalator untuk ke kawasan letak kereta. Hana ingin minta Jeffery supaya berhenti di surau KLCC, tempat dia sembahyang asar tadi. Dia hendak sembahyang Maghrib tetapi melihat muka Jeff yang serious, dia jadi takut lalu mengikut sahaja Jeffery berjalan pantas menuju ke keretanya.



******

Mona menyambut mereka di pintu dengan senyum menguntum. Tiba-tiba sahaja tanpa Hana sangka, tangan Jeffery memeluk pinggangnya. Hana terkejut dan cuba meleraikan pegangan itu tetapi nyata Jeffery lebih kuat. Cengkaman tangan Jeffery di pinggangnya seperti besi, tidak mungkin di leraikan. Matanya tidak memandang Hana langsung hanya tertumpu kepada Mona di hadapan pintu bungalow besar.

`Oh Jeff, I ingat you tak datang.’ Jeffery tidak jawap Cuma senyum, satu senyuman kemenangan, kerana dalam tangannya budak kantin yang dia janji akan ikut dia malam itu.
`Eh! Siapa ni?’ seketika Mona terlupa Jeffery kena bawa budak kantin ke partinya. Walaupun sepanjang bulan ini itu sahaja yang difikirkannya. Ini kerana tidak camkan Hana, yang begitu berlainan penampilannya malam ini. Hana nampaknya sudah jatuh dan kini berada dalam pelukan Jeffery. Cepat betul Jeffery bertindak. Budak kantin sudah cair dalam pelukan Jeffery.
`Oh ya, budak kantin. Hampir-hampir I tak kenal. A little black piece. Cantik pulak you malam ni.’ Tersirap darah Hana mendengar Mona mengelarkannya budak kantin dengan nada yang kuat sekali. Pipi gebunya terus menjadi merah padam. Hana yakin semua orang boleh mendengarnya dan ada yang sedang tertawakan dia.
Jeffery dan Mona berbalas-balas senyuman penuh makna. Kemudian Mona menarik muka Jeffery hampir ke bibirnya yan merah, lalu membisikan, `burung sudah masuk perangkap nampak.’

Jeffery tersenyum lebar. Tangannya masih merangkul pinggang Hana, membawa Hana masuk ke dalam rumah. Hana tidak biasa dengan keadaan begini. Tapi Jeffery tetap tidak mahu melepaskan rangkulannya. Hana jadi rimas dan malu. Dia tidak pernah berada dalam keadaan begini, berpakaian begini. Tidak ada sesiapa yang pernah memeluknya sebegini apatah lagi seorang lelaki. Sudahlah dia tidak sembahyang maghrib tadi. Kalau emak dia lihat dia, mati dia di kerjakan nanti. Manusia-manusia lain di sekelilingnya sedang menari, mengikuti irama lagu yang rancak. Hana memandang sekeliling dengan termangu-mangu, terlupa sebentar tangan yang memeluk kemas pinggangnya. Kemudian irama lagu perlahan berkumandang. Lampu makin di malapkan. Semua pasangan mula berpelukkan, liuk-lentuk berdansa .

`Mari kita menari Hana’. Hana cuba menolak tangan Jeffery yang memautnya.
`Maaf Jeff, Hana tidak pandai semua ni.’
`Tak apa, ikut aje Jeff’. Jeffery terus memaksa.
Dia rangkul tubuh Hana dengan kuat dan merapatkan badannya ke badan Hana. Dia memaksa Hana bergerak mengikut gerakan badannya. Mereka kemudian bergerak mengikut irama lagu perlahan. Jeffery makin merapatkan badanya sehingga tidak ada ruang kosong langsung di antara mereka. Dia kemudian menghampirkan mukanya ke muka Hana.
Hana makin kaget. Bau cologne Jeffery menusuk hidung Hana, cukup menggodanya, meresap satu perasaan aneh hingga ke jantungnya. Hana boleh hanyut dalam keadaan begini. Hana cuba sedaya upaya untuk menguatkan dirinya, hanya tuhan yang tahu susahnya melawan godaan yang mengasyikkan ini.
Jeffery rasa sangat gembira. Dia sudah menang. Dia sudah boleh menghela nafas panjang dan lega. Kini dia mahu semua kawan-kawan lihat budak kantin sudah jatuh dalam tangannya. Dia menarik Hana lebih dekat sehingga melekap ke dirinya. Setiap nafas di tarik, setiap kali itulah dia menikmati haruman rambut Hana yang selembut sutera. Rambut budak kantin ini lembut dan harum. Betul juga jangkaan Jeffery bila rambutnya dilepaskan, Hana kelihatan lebih menarik. Jeffery melurut tangannya di lengan Hana, lembut dan licin. Tidak disangka pulak seluruh tubuh budak kantin ini begitu lembut. Seketika Jeffery merasa Hana seperti bunga mawar yang belum mekar, berada di dalam tangannya, hanya sedikit kelopaknya yang hampir-hampir terbuka. Lembut dan mudah rosak. Sekali genggam sahaja, bunga ros itu akan musnah. Bunga mawar lemah dalam genggamannya, buat dia rasa berkuasa.
Tangan Jeffery melurut pula di belakang badan Hana, haruman rambut dan badan Hana membuat dia lupa seketika. Dia terpegun and asyik menikmati kelembutan tubuh gadis ini. Adakah malam ini dia akan beruntung dan hanyut dalam kelembutan tubuh gadis ini. Jeffery mula mengucup batang leher Hana. Satu perasaan aneh meresapi dirinya. Hana pula berdiam diri sahaja, mungkin sedang asyik dalam kehangatan kucupan dan dakapannya. Tangan Jeffery mula menjalar ke merata-rata tubuh Hana. .
Apabila dirasa tangan Jeff di pundaknya, Hana cuba menolak tubuh Jeffery. Jeffery ketawa kecil lalu cuba mencium bibir Hana, membuat Hana terus menolak Jeffery dengan lebih kuat. Jeffery terkejut bila terasa tolakan kuat Hana. Tariannya terhenti lantas dia memegang bahu Hana dan menjarakkan sedikit tubuh mereka, supaya dia dapat melihat wajah Hana. Sebenarnya sejak dari tengahari tadi Jeffery tidak sekali pun memandang wajah Hana dengan tepat. Dia terlalu memikirkan rencananya untuk membawa budak kantin ke situ. Dia tidak nampak pun kerisauan di wajah Hana sejak petang tadi di sebabkan kelakuannya yang pelik. Dia tidak terfikir pun apa sebenarnya perasaan Hana. Dia ingat Hana memang seronok berada di sampingnya, tidak kira apa yang dia lakukan. Dia ingat Hana pun sedang asyik seperti dirinya juga. Tetapi sangkaannya salah. Mata Hana bulat minta belas kasihan, seperti merayu Jeffery membebaskan pelukan ke atas tubuhnya. Tangannya cuba menolak tubuh Jeffery daripada terus melekap di tubuhnya.
`Relaks!’ Muka Jeff serta merta mencuka, seperti kanak-kanak yang tidak dapat gula-gula. Dia syok sendiri rupanya. Dapat di rasa dari dalam hatinya, seperti ada cecair panas sedang mula mengelegak. Dia ingat budak kantin ini sudah hanyut dengan pelukannya. Tetapi Hana terus meronta cuba melepaskan diri dari Jeff.
`Jangan! Hana tak biasa macam ni,' ujar Hana perlahan, tangannya masih cuba menjauhkan tubuh Jeffery dari tubuhnya.
Lama-kelamaan Jeffry tidak dapat menahan marahnya lagi. Keegoannya tercalar oleh keengganan Hana. Dia paut tubuh Hana lebih kuat lagi supaya Hana rapat kembali melekap di tubuhnya, lalu dibisiknya di telinga Hana.
`Jangan nak bagi malu Jeff dengan buat perangai kat sini. Kalau tak mahu menari dengan Jeff, ramai lagi yang hendak. Okay!’. Jeffery membawa Hana ke sudut ruang tamu yang tidak berpenghuni dan malap. Kemudian di kucup kasar batang leher Hana. Perasaan aneh mendatanginya kembali. Lantas dia mengambil nafas panjang, menghirup dalam-dalam keharuman tubuh dan rambut anak gadis itu. Dia begitu selesa berkeadaan begini dan ingin lebih lama dalam kedudukan begitu.
Tetapi nyata dari rontaan Hana, gadis itu tidak pula berperasaan seperti Jeffery. Menyedari situasi itu, Jeffery jadi semakin geram. Dia cuba mengucup bibir Hana, Hana mengelakkan mukanya lalu cuba sekuat hati untuk menolak Jeffery. Kemarahan Jeffery dirasakan naik mendadak sehingga ke kepala. Tanpa berfikir panjang, dia terus menolak tolak Hana untuk melepaskan geramnya. Nasib baik ada dinding yang menahan Hana, jika tentu dia sudah jatuh terjelepok ke lantai. Hana terperanjat dengan kekasaran Jeffery. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Adakah dia yang membuat Jeffery jadi macam ni? Hana menggosok lehernya yang kesakitan akibat dikasari Jeffery. Mukanya menjadi pucat lesi dan Hana cuba meminta maaf, tetapi Jeffery sudah beredar ke arah kawan-kawannya yang lain. Tinggal Hana termangu-mangu seorang di sudut ruang tamu.

Dia tidak sepatutnya datang ke sini. Tetapi Jeff betul-betul nampak ikhlas bila mengajak dia ke mari. Tiba-tiba Jeffry berubah menjadi pemarah dan kasar. Dia tidak tahu kenapa? Selalu Jeffery tidak begini. Dia tidak pernah berkasar dengan Hana. Jeffry dilihatnya sedang berbual-bual mesra dengan rakan-rakannya sambil menghisap rokok. Hana semakin hairan, setahunya Jeffery tidak merokok atau tidak pernah merokok bila bersamanya. Jeffery sudah seperti tidak meperdulikan Hana yang sedang termangu-mangu seorang diri di sudut ruang tamu yang serba mewah itu. Hana mencari ruang di sudut gelap dan duduk sambil memerhatikan mereka sedang berpesta. Dia perhatikan gelagat manusia yang menghadiri parti hari jadi Mona. Macamana dia, Farhana Ghazali boleh berada di sini? Baru dia perasan majlis keramaian ini tanpa segan silu menghidangkan minuman haram. Dia rasa sangat tidak selesa. Dia tidak biasa dengan keadaan begini. Tambahan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan berlaku tanpa batasan. Mereka saling berpelukan dan berkucupan tidak kira lelaki atau perempuan. Ada yang beredar ke tempat-tempat gelap untuk menjadi lebih intim dengan pasangan masing-masing. Ini bukan tempat untuk Farhana Ghazali. Sekali lagi dia bertanya pada dirinya. Kenapa dia boleh berada di sini?.

Dari sudut yang malap itu, Hana melihat Jeff sedang memaut pinggang Mona sambil di perhatikan oleh Wan, teman lelaki Mona. Wan sedang menikmati minuman dari tin beer sambil berbual dengan Jeffery dan Mona. Wan sedikit pun tidak rasa marah melihat Jeffry menguliti teman wanitanya. Malahan Mona lagi sengaja melekapkan dirinya ke tubuh Jeffry. Pelik Hana menilai semua ini? Pergaulan bebas begini Hana ingat berlaku di televisyen atau di luar negara sahaja. Dia tidak pernah sangka akan melihat perkara di sini depan matanya sendiri. Kemudian Mona memimpin tangan Jeff naik ke bahagian atas bungalow mewah itu. Tiba di atas tangga, Jeffery memeluk tubuh Mona dari belakang sementara Mona terus membawanya menuju ke salah sebuah bilik tidur. Mereka sedang tersenyum gembira. Bagi Jeffery, Hana bagai tidak wujud dalam majlis ini. Apakah maksud semua ini? Kenapa Jeffery berpeluk-pelukkan mersa dengan Mona pergi ke atas. Hana tidak mengerti.

Hana rasa sedih, tiba-tiba dia merindu emak, terkenang kata-kata Mak Chak tengahari tadi. Air matanya mengancam untuk jatuh berderai. Bila Hana nampak seorang perempuan baru keluar dari bilik air, dia terus masuk ke dalam bilik air tersebut.

Mewah betul keluarga Mona. Bilik tidur Hana pun lebih kecil daripada bilik air ini. Terdapat dua ruang terpisah di dalam bilik air ini, ruang mendandan muka di mana terletak cermin dan sinki yang mewah dan satu lagi bilik tandas. Cantiknya bilik air ini, begitunya dengan semua bilik dalam rumah ini. Cantik dan harum. Hana tidak layak berada di sini. Dia lupa diri kerana terlalu ingin berada di samping Jeffery. Hana pilih untuk duduk di dalam bilik tandas supaya dia dapat menangis sendirian tanpa dilihat sesiapa. Lama Hana duduk di dalam bilik tandas yang mewah, menangis sendirian. Dia jadi buntu akan langkah seterusnya yang harus di ambil.
Akhirnya setelah beberapa ketika, Hana bangun, lalu mengesat air matanya. Hana cuba mengeraskan hati untuk keluar dari situ. Dia memegang tombol pintu apabila terdengar pintu bilik air di luar di buka orang.
Dua orang masuk ke dalam, mereka sedang berbual rancak. Hana kenal salah satu suara yang berkata-kata itu. Mona. Hana tidak jadi keluar dari situ. Tidak sanggup berhadapan dengan Mona.
`Habis tu, Jeff dan Lily sedang buat apa kat atas tu.’
`Kan I dah janji dengan Jeff. Kalau dia boleh bawak budak kantin tu datang parti aku ni, hadiah menang bet adalah Lily.’
`Lily tahu….. Pasal ni ?’
`Lily tahu, dia sebenarnya sukakan Jeff, saja nak buat Jeff jealous, bila dia keluar dengan pilot tu..’
`Lily memang sejak tadi tunggu kedatangan Jeff. ‘
`Apa mereka nak buat kat atas tu. ‘
`You know. Lovers punya reunion. And I bet this is not their first time.’
`Apa-apalah,' tanya Sherry sambil membetulkan rambutnya.
Mona ketawa gembira.
`So kau yang cabar Jeff lah,’ soal Sherry lagi.
`Yes!’
`Kira Jeff menanglah the bet.’
`Yeap.’
`Habis tu budak kantin, siapa nama dia? Dia macamana?‘
`Hana nama dia. I don’t know, I don’t care and I don’t give a damn about her.’
`Kesian dia Mona, kalau dia tahu Jeff cuma gunakan dia nak get even dengan Lily mesti dia feel very hurt.’
`Alah! Serve her right. Takkan dia tak tahu, dia dengan Jeff tidak padan. Perasan sendiri! She is not even his type. Too much puppy fat. His taste is someone like Lily, or me. Tall and slim. Jeff tackled her only because of the bet. Tu saja. But budak kantin tu pun gunakan Jeff untuk datang ke sini to my party. She sold her body as long as she can get here. You tengok Jeff can do anything with her body, she was so willing. Entah-entah dah jadi mangsa Jeffery,' Mona ketawa dengan kejam kemudian dia menambah lagi.
`Anyway Kalau tidak buat macam tu, sampai kucing bertanduk pun takkan dapat dia merasa datang ke parti-parti macam ni. Budak ulu mana mari. Imagine having orang macam tu at my birthday party….Please!’


Hana seperti tidak percaya dengan apa yang didengari nya. Hatinya bagai dihiris-hiris mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Mona. Pertama dia terkejut dengan perbutaan Jeffery. Itu sahaja sudah cukup membuat dia betul-betul terluka. Selepas itu Mona pula menghina dia hingga ke asal-usul dia. Kenapa dia begitu kejam?. Pada hal Hana tidak kenal pun dengan Mona. Hana sudah tidak tahan lagi, lantas dia buka pintu dan keluar dari bilik tandas.
`Hana!’ Kata Mona terkejut. Kawan Mona yang seorang lagi, Sherry juga terkejut. Dilihatnya mata Hana merah. Tiba-tiba Sherry merasa sangat kesihan dengan Hana.
`Hana’, Sherry menegurnya dan cuba mencari kata-kata yang boleh membetulkan keadaan tetapi lidahnya kelu.
Hana terus keluar dari bilik air dan terus belari keluar dari bungalow mewah tersebut. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar penghinaan yang di lemparkan oleh Mona dan penganiayaan yang di lakukan oleh Jeffery terhadap dirinya.dirinya.

0 Responses to "Hadirmu, takdirku 4"

Nurul Ain tidak menjawab. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab. Dia sudah tidak sedar dengan semua disekelilingnya. Yang Nurul Ain nampak, rantai loket, tarikh 14 July 2003 dan Datin dan Pak Su Adli dan Jeffrey yang mendustainya.

 
Hadirmu, Takdirku © 2008 | Blogger Templates