Novel Hadirmu Takdirku

Novel Hadirmu Takdirku
bakal di Pasaran Mac ini

Hadirmu, takdirku6

Written by Alina Haizar on Sunday, March 15, 2009 at 9:18 PM


Bab6
Jeffry memerhatikan Hana dari jauh. Dia duduk di dalam keretanya. Hana berkerja seperti biasa di kantin. Sejak seminggu lepas, dia yang menjadi pelanggan setia di kafetaria bila petang-petang begini. Tidakkah Hana tertunggu-tunggu Jeffry, seperti sebelum ini. Jeffry tahu sebelum ini, Hana memang menanti sangat-sangat kehadiran nya setiap petang kerana bila Jeffry muncul sahaja, wajah Hana kelihatan begitu ceria dan berseri. Seperti dia gembira sangat dengan kehadiran Jeffry. Kini jikalau Jeffry menghampirinya bagaimana agaknya reaksi Hana. Jeffry tidak dapat menduga. Kenapa dia mesti tahu reaksi Hana? Dia tertanya-tanya dirinya. Padahal Hana sudah tidak ada gunanya lagi bagi Jeffry. Dari mula lagi Hana hanya hendak digunakan dalam pertaruhan antara dia dan Mona, tidak lebih dari itu. Habis kenapa dia di sini memerhatikan Hana. Jeffry tidak tahu jawapannya.

Gerak geri Hana diperhatikan dari jauh, Jeffry tidak tahu apa yang dia hendak. Kenapa dia di situ memerhatikan Hana. Dia bukan hendak minta maaf dengan Hana. Dia tidak ada rasa bersalah pun dengan Hana. Ini bukan hal peribadi, ini hanyalah satu pertaruhan. Hana dilihatnya mula menyapu kawasan kafetaria, bermakna sekejap lagi mereka akn menutup kafetaria. Jeffry mencapai kunci kereta, ingin di matikan enjin kereta dan pergi kepada Hana. Dia tidak tahu apa nak cakap tetapi dia rasa dia mesti pergi ke Hana. Belum sempat dia matikan enjin kereta, sebuah motosikal sudah mendahuluinya, berhenti di depan kafetaria dan terus mendapatkan Hana.
Ramli!. Ramli jarang datang minum di sini. Adakah kerana malam itu Ramli dengan Hana menjadi rapat? Jeffry tertanya-tanya sendirian. Dipadamkan hasratnya untuk menghampiri Hana, Dia duduk memerhatikan sahaja mereka dari jauh. Petang sudah merangkak ke senja..
Hana dan Ramli dilihatnya duduk di satu sudut kafetaria dan dilihatnya berbual dengan serious. Setelah melihat mereka berbual dengan begitu lama, Jeffry terus beredar dari situ.
********************
Selepas kuliah pukul 11.00 pagi Jeffry berada dalam kedudukan yang sama seperti semalam dan juga sejak beberapa hari yang lepas, memerhatikan Hana dari jauh. Tidak ramai orang yang berada di kafetaria sebab masih awal lagi. Kejadian yang sama berlaku lagi. Tidak lama kemudian Ramli datang. Mereka berdua pergi di sudut yang jauh dan berbual dengan serious tanpa memperdulikan olrang lain. Tiba-tiba sahaja perasaan cemburu Jeff menerpa.
`Eh! Ramli macam nak rampas Hana dari dia ke?. Ini tak boleh jadi. Hana pun melayan Ramli dengan baik. Padahal minggu lepas dia yang Hana layan sebegini baik.’
Tiba-tiba tingkap keretanya di ketuk orang membuat Jeffry terkejut. Lily. Dia turunkan cermin tingkap keretanya.
`Hai Jeff,’ kata Lily, mari kita pergi makan.
Tanpa berkata apa-apa, Jeffry keluar dari kereta dan mengikut Lily ke kafetaria.. Jeffry hendak tengok apa reaksi Hana apabila melihat dia bersama dengan Lily. Sejak hari Isnin dia asyik mengusong Lily ke kafetaria, tetapi tidak berpeluang terserempak dengan Hana. Hana asyik sebut di dalam dapur kefetaria aje bila Jeffrey dan Lily datang ke kafetaria. Dia sengaja mengelak dari bertemu Jeffry agaknya?

Selama ini Jeffry rasa macam Hana juga suka dengan dia. Kenapa tiba-tiba Hana mengubah perhatiannya pada Ramli. Jeffry tidak sedar langsung yang dia telah melukakan hati Hana. Yang dia tahu hati dia sahaja yang sakit. Ego dia sahaja yang tercalar. Hanya dia sahaja yang penting.

Mereka duduk di meja tengah-tengah kefetaria. Lily duduk rapat dengan Jeffry, peha mereka bersentuhan. Tangannya memegang lengan Jeffrey yang terletak di meja.
`Eh budak kantin, mari sini, kami nak order,’ Lily memerintah. Hana yang sedang berbual dengan Ramli bingkas bangun dan menghampiri Jeffrey dan Lily. Jeffrey perhatikan muka Hana betul-betul. Mukanya yang manis kelihatan sedih. Matanya redup, tidak bermaya. Tetapi tidak ada rasa kasihan dalam hati Jeffry. Cuma ada rasa geram. Hatinya betul-betul terbakar melihat wajah Hana kerana Hana macam tidak kisah langsung dengan dia. Jefferey macam seseorang yang tidak pernah mendapat tempat istimewa di harinya. Cara dia layan Jeffry macam dia layan semua orang lain dalam kolej ini. Kecuali Ramli. Dengan Ramli, sikit punya baik dia layan. Siap panggil abng Ramli pulak !. Kenapa pulak Jeffry kena marah, rasa pelik melanda Jeffry. Dia jadi resah. Kenapa dia begini. Untuk melindungi keresahannya, Jeff sengaja merangkul pinggang Lily depan Hana.
`Bagi kami fresh oren dua dan mee goreng dua,’ kata Lily. Jeffry kemudiannya mengeletek tubuh, Lily mengelak manja.

Kemudian Jeff memandang muka Hana. Muka Hana berubah menjadi pucat lesi. Puas hati Jeff. Sekurang-kurangnya ada juga reaksi daripada Hana. Ramli yang memerhatikan dari jauh cuma mengelengkan kepalanya.

Setelah menghantar makanan yang mereka pesan, Hana kini kembali duduk dengan Ramli dan meneruskan perbincangan mereka. Perbuatannya membuat Jeffry naik marah. Hilang seleranya untuk makan. Dia geram melihat Ramli dan Hana yang sedang berbual serious tanpa memperdulikan dia. Hana tidak sepatah pun berkata apa-apa dengan dia. Tentang kejadian malam minggu itu pu, macam tidak jadi hal pada Hana. Tidak dibangkitkan langsung. Jeff marah. Dia mengajak Lily beredar.
`Tak Bestlah mee ni. Tak sedap. Mari kita pergi Starbuck ke kat KLPlaza.’
`Ok,’ sahut Lily, mereka bangun begerak lalu di hadapan Hana dan Ramli, Jeff merangkul pinggang Lily mesra.

Hana dan Ramli terdiam memerhatikan gelagat mereka berdua. Ramli kasihan melihat muka Hana yang pucat, lesu dan sayu. Tetapi dia bangga melihat Hana mengawal perasaannya. Dia Cuma diam bila Jeff menunjuk-nunjuk di hadapannya. Walaupun Ramli dapat rasakan betapa pedihnya hati Hana ketika itu.
`Sudahlah Hana. Jangan sedih lagi.’
`Hana ni apa ye, abang Ramli? Tak ada perasaan ke? Dia boleh buat macam tu sahaja. ‘
`Jeff tu dah biasa macam tu. Anak orang kaya, anak manja. Dia selalu dapat apa yang dia hendak, Tanpa pedulikan orang lain. Lain kali Hana ingat, jangan mudah mendengar pujuk rayu orang.'
Hana hanya mengangguk lesu. Hana mesti cepat sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di lubuk hatinya, dia masih sayang dengan Jeffery. Itu sesuatu yang sukar dia lupakan. Walau bagaimanapun Hana tahu Ramli ikhlas memberi nasihat kepadanya. Ramli banyak membantu Hana. Pada malam Ahad lepas, nasib baik ada Ramli yang membantu Hana balik ke rumah. Kalau tidak entah pukul berapa Hana akan sampai ke rumahnya dalam keadaan yang kekurangan wang ketika itu. Hana juga bernasib baik kerana Mak Chak sudah tertidur masa Hana balik dengan pakaian yang menjolok mata. Kalau tidak tentu teruk Hana di marahi Mak Chak.

`Okay… Hana tengok pengajian separuh atau pengajian jarak jauh yang abang bagi ni. Bila sudah buat keputusan Hana cakap dengan Abang. Nanti abang tolong Hana buat permohonan. Abang nak pergi dulu ada janji dengan Mastura di library. Nanti marah dia menunggu. Kami akan balik kampong sebab cuti mid-sem. Abang nak bagi dia tiket bas ekspress.’
`Ok, pergilah. Nanti lama. Kak Mas menunggu. Kirim salam dengan Kakak ye bang,’ Ramli mengangguk.
**************************

Petang itu, Hana mengemas dalam dapur setelah kafetaria di tutup. Keadaan sekeliling sunyi sepi. Pelajar-pelajar kolej telah ramai pulang untuk cuti pertengahan semester. Kafetaria ditutup awal, belum pukul 5.00. Mak Chak, Timah dan Soed pun sudah pulang. Timah dan Soed hendak balik Perlis malam ini juga, sebab itu mereka pulang awal hari ini. Mak Chak sudah mula percaya dengan Hana untuk balik naik bas seorang. Petang ni nampaknya Hana kena buat kerja sendrian. Nasib baik besok cuti pertengahan semester bermula. Dapat Hana berehat sedikit. Setelah selesai mengunci semua pintu dari dalam, Hana pun keluar melalui pintu belakang, lantas mengunci, melangkah untuk beredar. Hari masih terang benderang.

Tiba-tiba di lihatnya Jeff sedang bersandar dikeretanya yang terletak di belakang kafetaria. Bila masa kereta Jeffry berada di situ pun Hana tidak sedar. Jeffry sedang memeluk tubuhnya. Dalam keadaan dirinya yang sedang haru-biru, Hana masih terasa betapa tampan dan menawanya Jeffrey. Lebih menawan lagi dengan cermin mata hitamnya. Rambutnya namapk seperti dielus-elus beberapa kali, terjuntai di dahinya. Membuat dia kelihatan lebih menarik dan mengancam. Rasanya gugur jantung Hana bila melihatnya. Gaya macam bintang filem. Apabila ternampak Hana menyedari kehadirannya, Jeff membuka cermin mata gelapnya lalu menegakkan badannya.

Hana terus berjalan tanpa memperdulikan Jeffrey. Jantungnya berdegup dengan begitu kuat sekali. Di a tidak tahu kenapa Jeffry di sini. Sudah hampir seminggu Jeffry buat tidak peduli dengan dia langsung. Sepanjang minggu itu jugalah, Jeffry asyik menayang Lily di hadapannya.

Lemah lututnya untuk berjalan melepasi Jeffrey. Tetapi ditabahkan juga hatinya. Apabila Hana lalu di hadapnnya, Jeffry memanggilnya., `Hana, Jeff nak cakap sikit.’.

Hana terhenti apabila medengar suara Jeff keras.
`Apa dia ? Cakaplah.’
`Mari duduk dulu. Takkan nak bercakap macam ni.’
Hana mengelengkan kepalanya. `Tak apalah, cakap aje. Hana nak balik cepat ni.’
Tiba-tiba Jeff mendekati hana kemudian menarik tangan Hana dengan kasar, dibawa Hana menghala ke kafetaria.
`Duduk dulu.’ Jeff duduk di bangku kafetaria dan menarik Hana duduk di sebelahnya.
`Apa pasal ni Jeff, tolong jangan berkasar dengan Hana.’
Sebenarnya dari tengahari tadi Jeffry dah tunggu Hana. Selepas balik dari Starbuck, Jeffry datang kembali menunggu di dalam kereta seperti mana yang dia lakukan pagi tadi. Malahan dia menunggu peluang untuk bercakap dengan Hana sejak hari Isnin lagi. Hatinya makin mendidih semakin lama dia menunggu.
`Sejak bila pulak Hana intim dengan Ramli? Hana tak tahu ke Ramli tu sudah ada teman wanita, sekarang ni mereka sedang dalam perjalanan balik ke Kedah, naik bas bersama-sama. Hana tahu tak!’.
`Hana tahu!’ Jawap Hana ringkas
`Habis tu kenapa Hana masih rapat dengan dia.’
`Itu antara Hana dan Abang Ramli. Jeff ni kenapa?’
`Hana yang patutnya jawap. Kenapa dengan Hana ni? Malam parti tu lagi, datang dengan Jeff kemudian balik dengan Ramli.’
Walaupun Jeffrey ingat Hana yang akan ungkit pasal malam tu, tapi sebaliknya dia yang asyik mengungkit pasal malam itu.
Hana mengelengkan kepapalanya, kenapa Jeffry masih memerkatakan pasal malam itu. Hana Cuma ingin melupakan peristiwa malam itu, ianya terlalu memalukan dan memeritkan hatinya. Hana tunduk mengelengkan kepalanya kemudian memandang Jeff tepat-tepat tanpa berkata apa-apa. Jeff tidak sedar ke yang dia telah melukai hatinya?.
`Apa pasal Hana tidak tunggu Jeff,’ Jeffry masih terus bertanya.
Hana diam sahaja.
`Kenapa? Cuba Hana cakap.’
`Kenapa kita masih bercakap pasal malam itu. Kisah malam tu sudah selesai. Hana sudah tak ingat lagi.’
`Apa maksud Hana ?’ Jeffry masih bertanya.
`Sudahlah Jeff, Jeffkan sudah berbaik dengan Lily. Tak payahlah kita berselindung-selindung pulak lagi.’
`Apa yang Jeff nak lagi dari Hana? Hana dah tahu. Malahan semua orang tahu Jeff gunakan Hana untuk dapatkan Lily kembali,’ ujar Hana perlahan.
Jeffry terdiam seketika.
`Mana Hana tahu? Siapa yang cakap? Ramli?’
Hana mengeleng-gelengkan kepalanya.
`Hana terdengar kawan-kawan Lily mentertawakan Hana semasa parti tersebut. Hana ni memang bodoh.’
Jeffry terdiam sekali lagi. Betullah tembelangnya di ketahui Hana rupanya. Patut lah Hana lari balik. Jeff rasa sedikit bersalah. Dia mengelus-elus rambutnya yang panjang hampir mencecah bahu.
`Macamana nilah Jeff, Jeff dah dapat apa yang Jeff hendak. Lily pun dah balik pada Jeff,’ ujar Hana, terasa sebak dadanya tetapi di gagahi juga. `Hana Tidak mahu salahkan sesiapa. Hana yang bodoh, tidak perasaan telah di gunakan. Okay.
Cukuplah selesai di sini. Tak perlu rasa bersalah. Okay. Hana Okay. Hana tidak ada apa-apa masalah pun.’
Hana menyambung lagi, `antara kita memang tak ada apa-apa okay. Selama ini Hana yang salah anggap. Tapi sekarang dah selesai. .Jeffry boleh pergi sekarang dengan senang hati sekarang. Hana pun nak balik ni..’
Panjang lebar Hana berkata dengan tenang walaupun sebenar dalam hatinya bagaikan hendak pecah. Tetapi demi menjaga air mukanya Hana tahankan semuanya. Dia tidak mahu Jeff tahu betapa dia terluka. Maruah dirinya harus dipertahankan kali ini.

`Okay...!’ kata Jeffry, buat-buat acuh tak acuh. `Ok. kalau macam tu. Baguslah,’ Jeffry patutnya rasa lega dengan kenyataan Hana. Dia tidak perlu rasa bersalah dengan Hana, Hana kata dia tidak apa-apa, tidak kisah pun..


Tetapi dia masih tidak boleh pergi begitu sahaja. Tidak semudah itu. Jeffry sebenarnya tidak puas hati. Dia masih tidak puas hati. Dia tidak mahu berlalu pergi. Kenapa dia tidak boleh pergi begitu sahaja?
Hana bangun dan mula melangkah hendak keluar dari kafetaria
Kalau Hana marahkan dia, mengamuk ke, mengungkit-ungkit ke, menangis ke, mungkin Jeff puas hati. Dia mahu Lihat Hana merayu-rayu, agaknya baru dia puas hati. Satu lagi gadis jatuh di tangannya. Bila dilihat Hana tenang, Jeff tidak puas hati. Egonya..dia mahu lihat Hana menangis kerana nya.
Dia juga dia geram kalau ada orang lain yang menghampiri Hana. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam masa sebulan ini mereka sudah agak rapat.
`Ok.! Kalau macam tu tak pelah. Orang semua sudah sudah. Kampus sudah sunyi sepi. Lebih baik Jeff hantar Hana pulang,’ Jeff memegang tangan Hana.
`Tak apalah Jeff. Hana boleh balik sendiri. Tak mahu Hana berada di situasi yang sama seperti minggu lepas. Secara fizikal dan lebih lebih lagi mentalnya didera oleh Jeffry.
`Tak apalah Jeff hantar. Hana merajuk dengan Jeff lah ni. Tadi kata Hana tak ada apa-apa dendam dengan Jeff..’
Hana mengelengkan kepalanya, `Tidak, tak payahlah. Baju Hana berlengas, kotor seharian bekerja di sini.. Biarlah Hana naik bas sahaja. Tak layak naik kereta mewah Jeff ni. Nanti Orang nampak Jeff juga yang malu.’
Jeffry terasa dengan kata-kata Hana. Tiba-tiba sahaja Jeffry naik marah lantas di rentapnya tangan Hana dan di heretnya Hana ke keretamya. Hana mengerang kesakitan. Dia membuka pintu lalu di tolaknya Hana masuk ke dalam kereta. Kasar. Hana naik takut. Sakit dia di perlakukan begitu oleh Jeffry.

Jeffry ialah anak muda yang terlalu egois. Dengan Hana pula, dia tidak boleh bertolak ansur langsung. Dia mahu Hana ikut sahaja kata-katanya.. Keengganan Hana membuat kemarahan dia sedang meluap-luap. Jeffry pun agak bingung dengan apa yang sedang dia lakukan. Kala ada orang baik-baik dengan Hana pun dia marah. Dia tidak boleh melepaskan Hana. Dalam masa sebulan ini, Jeffry rasa mereka sudah agak rapat. Hana tidak boleh buang dia macam tu sahaja.

Jeffry masuk dalam kereta, di lihatnya Hana mengurut tangan yang berbirat merah.
`Maaf. Sakit ye…? Hana……… janganlah buat Jeff hilang sabar lagi’
Hana terdiam.
`Okay…. Jeff minta maaf.’ katanya kembali lembut. `Tolong Jeff boleh tak?. Boleh tak Hana maafkan Jeff. Please,’
Timbul rasa kesian di hati Hana melihatkan Jeff bersungguh-sungguh meminta maaf darinya.
Jeff memgang tangan Hana yang sakit lalu dan di gosokkannya.
Bagi meredakan kesakitan Hana.
`Memang tujuan Jeff mula-mulanya nak gunakan Hana sebagai bet sahaja. Just a bet. Nothing personal. Bukan Jeff sengaja nak kenakan Hana.
Hana mendiamkan diri, tangannya masih di gosok oleh Jeffry perlahan-lahan.
`Tetapi bila dah kenal Hana , Jeff suka pada Hana. Hana hanya mendengar sahaja Jeffry bercakap.
`Hana tahu tak? Jeff cemburu tengok Hana duduk berbual lama dengan Ramli tengahari tadi.,’ kata Jeff mengoda Hana dengan lembut.
Mukanya yang tampan seperti merayu simpati. Siapa yang tidak tergoda. Hana hanya gadis mentah. Dia kalah dengan pujukan Jeff. Keazamannya untuk menjauhkan diri dari Jeffry cair macam lilin yang dibakar. Apa yang boleh dilakukan, pada ketika itu Hana sedar sebenarnya dia memang sudah jatuh cinta dengan Jeffry. Betapa selama seminggu in dia merindui Jeffry. Dapat bersama Jeffry seperti waktu ini adalah sesuatu yang Hana impikan. Dia menghirup nafas panjang-panjang, menikmati kebahagian yang dirasainya, walaupun sebenar kebahagiannya di selaputi dengan duri duka nestapa. Kemudian dia teringat sesuatu.
`Betul ke ni, Lily macamana?’
`Macamana…. Macamana? Macam biasa. Jeff dengan dia macam biasa. Kami memang berkawan, sejak dulu. Just a girl friend.
`Tapi Hana lihat Jeff dengan dia rapat, peluk-peluk lagi.’
`Kami memang macam tu. Hana nak kawan dengan Jeff kena terima itu. Itu cara hidup kami.‘
Berkerut dahi Hana memikirkannya. Boleh ke dia terima cara hidup begini?

`Habis tu kalau Hana buat macam tu juga dengan orang lain, Jeff tak kisah?’
Jeff terdiam seketika, Terbayang badan Hana di rangkul oleh kawan-kawannya. Jeff jadi marah. Tidak disedari tangan kanan Hana yang di gengamnya di cengkam kuat. Hana mengaduh kesakitan, lantas minta Jeffry lepaskan genggaman tangannya.
`Hana tidak boleh buat tu..janji! Jeff tidak boleh tahan tengok Hana buat macam tu. Jeff tidak suka.’ Kata Jeffry, cengkaman kuat tangannya di lembutkan. Tetapi tidak melepaskan tangan Hana., Jeff mulakan enjin kereta dan mula bergerak menuju keluar dari kawasan kampus.

Hati Hana senang, walaupun tangan sakit di cengkam Jeff tadi, tapi dia suka kerana kalau Jeffry marah, makna Jeff cemburu. Mungkin ada sekelumit sekelumit perasaan untuk Hana. Hana sudah tidak perlu apa-apa lagi dari Jeffry. Kalaulah Jeffry mempunyai sedikit rasa kasih pada Hana. Ini sudah memadai bagi Hana. Mungkin satu hari nanti Jeff juga akan cintakan dia sepertimana dia cintakan Jeff. Hana menaruh harapan setinggi gunung. Hana ingat cintanya yang terlalu mendalam terhadap Jeffry cukup untuk mereka berdua., Cinta dari Jeffry tentu akan menyusul juga.

1 Responses to "Hadirmu, takdirku6"

Comment by ~lawrian_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~
January 22, 2010 at 3:03 AM #  

mcm mane kalau nk bace episod strusnya?

tolong la...

sy dah addicted ngan citer nehh!~

Nurul Ain tidak menjawab. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab. Dia sudah tidak sedar dengan semua disekelilingnya. Yang Nurul Ain nampak, rantai loket, tarikh 14 July 2003 dan Datin dan Pak Su Adli dan Jeffrey yang mendustainya.

 
Hadirmu, Takdirku © 2008 | Blogger Templates